Mengenai Pusat Internet

Pusat Internet merupakan projek kerajaan dengan
insiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom
Axiata Berhad dengan kerjasama Nusuara Technology Sdn Bhd. Projek ini
dilaksanakan di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan
memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti setempat di
kawasan luar bandar.
Objektif utama ditubuhkan adalah:
v Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.
v Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi
komputer dan internet.
v Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan
dan aktiviti yang dijalankan di pusat internet.
v Merapatkan jurang digital di antara masyarakat Bandar dan luar Bandar
selaras dengan matlamat kerajaan.
Pusat
Internet Kampung Pasir Raja telah dibina pada tahun 2014 dan mula siap sekitar bulan April
2015. Pusat Internet Kampung Pasir Raja mula beroperasi pada 7 Oktober 2015 dan dirasmikan pada 28 Ogos 2016.
Pusat Internet Kampung Pasir Raja ini dilengkapi dengan 20 komputer meja serta perkakasan yang
lain seperti mesin fotostat, mesin pencetak, mesin laminasi beserta dengan
capaian internet jalurlebar. Pusat internet juga menawarkan peluang-peluang latihan
berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa iaitu
pengurus dan penolong pengurus pusat internet. Untuk keahlian pusat internet, ahli dikenakan bayaran RM5 sebagai pendaftaran seumur hidup
dan mereka boleh menggunakan internet dengan kadar bayaran yang lebih
murah berbanding pengguna bukan ahli. Selain
itu, ahli juga akan memperolehi penggunaan Kampung Tanpa Wayar (KTW) serta
layak mengikut aktiviti, kursus dan latihan ICT di pusat internet.
Diharap dengan adanya Pusat Internet Kampung Pasir Raja, ia dapat
mencapai visi dan misi Kampung Pasir Raja:
VISI KAMPUNG PASIR RAJA
Berusaha mewujudkan sebuah
kampung ke arah kualiti hidup yang lebih cemerlang dan berupaya menjana sumber
ekonomi penduduk melalui pertanian dan pelancongan.
MISI KAMPUNG PASIR RAJA
Menjadikan kampung ini sebuah
kampung yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan menggunakan kemudahan
tersebut ke arah meningkatkan lagi taraf hidup secara menyeluruh.
PROFIL RINGKAS
KAMPUNG PASIR RAJA
Kampung
Pasir Raja terletak kira-kira 137km dari bandar Kuala Terengganu, 77.9km dari
bandar Dungun, 72.4km dari bandar paka dan 44.5km dari bandar al-Muktafi Billah
Shah. Kampung Pasir Raja termasuk dibawah pentadbiran Parlimen P039 Dungun dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) N025 Bukit Besi.
Sebelum adanya kemudahan
jalan raya pada tahun 1990, penduduk kampung terpaksa menggunakan kemudahan
sungai yang menjadi penghubung dengan menaiki rakit atau perahu untuk ke Kuala
Dungun melalui Sungai Dungun. Ini mengambil masa tiga hari dua malam dan
bergantung kepada pasang surut air sungai itu.
Sebelum sampai ke Kuala
Dungun, mereka terpaksa naik ke darat dan berkhemah menunggu hari siang untuk
meneruskan perjalanan. Perjalanan sungai bukanlah suatu yang mudah,
kadang-kadang mereka terpaksa menghadapi arus deras, sungai cetek dan lebih
menggerunkan jika bertembung dengan buaya ganas. Tetapi tiada sejarah penduduk
di Kampung Pasir Raja yang diserang buaya ketika menggunakan sungai ini.
Perkhidmatan sungai kini, hanya tinggal kenangan dihati penduduk Kampung Pasir
Raja bila jalan raya telah dibina bagi menghubungkan penduduk dengan dunia
luar.
PERKARA |
MAKLUMAT |
JUMLAH
PENDUDUK |
450 orang |
POPULASI (5km
Radius) |
785 orang (Kampung Pasir Raja & Kampung Shukor) |
KAUM |
Majoriti Melayu |
KEGIATAN
EKONOMI |
Pertanian (Getah & Kelapa Sawit), Perniagaan (Kedai Runcit & Warung) Penternakan (Kerbau Lembu & Ayam) Perkhidmatan (Bengkel Motor) Perikanan (Kolam Ikan Air Tawar & Nelayan Darat) Pelancongan (Homestay, Chalet & Inap Desa) |
JUMLAH
KEAHLIAN (setakat
Januari 2021) |
402 orang |
Lat/Long |
Lat: 4.56528 Long:102.97638 |
Pemberi
Perkhidmatan |
Celcom Axiata
Berhad |