Ekonomi dan Keusahawanan
EKONOMI DAN
KEUSAHAWANAN
Terdapat
beberapa kegiatan ekonomi yang membantu penduduk Kampung Pasir Raja bagi
meningkatkan ekonomi serta pendapatan mereka. Antaranya ialah kegiatan
pertanian, kegiatan penternakan, kegiatan peniagaan dan sebagainya.
Bagi
kegiatan pertanian, Kelapa Sawit, Getah dan Pisang merupakan sumber utama
pendapatan bagi penduduk Kampung pasir Raja. Namun begitu, terdapat beberapa
lagi projek pertanian yang akan dilakukan di Kampung Pasir Raja bagi membantu
meningkatkan lagi pendapatan kepada penduduk kampung
Antaranya ialah :-
i. Projek kelapa sawit & getah individu secara berkelompok
ii. Projek tanaman kelapa pandan
iii. Projek taman herba
Bagi kegiatan penternakan, terdapat beberapa ternakan yang membantu
menambah pendapatan sampingan kepada penduduk kampung. Antaranya ialah ternakan ikan air tawar, ternakan ayam, ternakan kerbau dan lembu dan lain-lain lagi.
Bagi kegiatan perniagaan pula, beberapa buah kedai yang menjalankan aktiviti
peruncitan secara kecil-kecilan. Manakala beberapa buah warung dan kedai makan
turut dijalankan oleh beberapa orang penduduk bagi meningkatkan pendapatan
harian meraka. Selain itu, terdapat beberapa bengkel dibina oleh KEMAS untuk melahirkan usahawan-usahawan di kalangan penduduk kampung.
Perniagaan |
Bilangan
(Buah) |
Bengkel usahawan |
2 |
Kedai
|
5 3 |