Komuniti
KOMUNITI KG PASIR RAJA
Pelbagai aktiviti-aktivti komuniti yang telah dijalankan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim diantara penduduk Kampung Pasir Raja. Antaranya ialah aktiviti berkaitan kesukanan dan kebudayaan.
1. KESUKANAN


2. KEBUDAYAAN
Kebudayaan silam atau tradisional masih lagi wujud dan
terpelihara di Kampung Pasir Raja walaupun arus pemodenan kian mengambil tempat. Antaranya ialah menumbuk emping, mandi sapat, silat gayung dan permainan tradisional.
a. Menumbuk emping
Emping
iaitu sejenis makanan yang diperbuat daripada padi suatu ketika dulu sering
dihasil sebagai tanda kesyukuran golongan petani terhadap hasil pertanian
mereka. Kebiasannya, kumpulan mengemping terdiri daripada 4 hingga 6 orang dan
merupakan golongan wanita. Mereka akan menumbuk padi itu secara beramai-ramai
dengan menggunakan lesong sehingga padi itu menjadi leper. Selain menghasilkan
makanan tradisional ini, paluan bunyi semasa menumbuk emping itu juga dapat
menghasilkan bunyi seakan-akan lagu. Antara lagu yang dapat dimainkan melalui
acara menumbuk emping ini ialah lagu seroja.
b. Mandi Sapat
Mandi
Sapat adalah salah satu adat tradisi yang masih lagi digunakan oleh penduduk
kampung dalam meraikan pasangan pengantin di Hari Majlis Perkahwinan mereka.
Kebiasaanya, Kumpulan mandi sapat ini terdiri daripada 3 orang yang mana
seorang ketua, 2 pembantu, 6 penari dan 3 tukang gendang. Penari akan mengikut
rentak gendang yang dihasilkan.
c. Silat Gayung
Kebiasaannya, acara silat gayung ini digunakan di majlis perkahwinan dan majlis berkhatan beramai-ramai bagi penduduk Kampung Pasir Raja.
d. PERMAINAN TRADISIONAL
Pihak pengurusan kampung telah menghidupkan kembali permainan-permainan tradisional kepada golongan muda-mudi dalam kampung yang mana permainan tersebut amat popular suatu ketika dahulu. Pelbagai permainan tradisional yang boleh dimainkan lagi oleh generasi muda seperti bola sepak raga, gasing, tarik upih, dan sebagainya.TARIK UPIHGASINGBOLA SEPAK RAGASENARAI BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) / PERSATUAN KAMPUNG PASIR RAJA
1.PERSATUAN BELIA
2.PERSATUAN PIBG SK PASIR RAJA
3.KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT)
4.IKATAN RELAWAN RAKYAT (RELA)
5.KOPERASI PASIR RAJA
6.UNIT PELADANG PASIR RAJA