Pelancongan & Rekreasi

PELANCONGAN DAN REKREASI


1.   HOMESTAY / CHALET / RUMAT REHAT PASIR RAJA




Terdapat 16 buah rumah homestay di kawasan Kampung Pasir Raja. Kebiasaannya, homestay digunakan apabila melibatkan program-program kemasyarakatan dari pelbagai universiti dan agensi-agensi tertentu. 2 unit Chalet Kampung Pasir Raja turut dibina dan diuruskan oleh JKKK Kampung Pasir Raja. Chalet ini dibuka pada tahun 2009. Chalet ini dilengkapi dengan television. Selain itu, Kampung Pasir Raja juga menyediakan tempat penginapan dinamakan Rumah Rehat / Persinggahan Pasir Raja yang mana menyediakan 4buah bilik, 2 buah dorm dan satu dewan.

 

2.   HUTAN LIPUR BUMBUNG RAJA




Terdapat satu kawasan rekreasi di Kampung Pasir Raja yang diberi nama sebagai Hutan Lipur Bumbung Raja. Mengikut sejarah suatu ketika dahulu, Bumbung Raja ini merupakan tempat persinggahan seorang kerabat diraja bernama Tengku Che Muda bersama hulubalangnya dimana beliau berkhemah disitu untuk mempelajari ilmu agama dan ilmu pendekar dengan seorang ulama yang bernama Sutan Kari. Melihat tempat ini yang memaparkan banyak sejarah laluan sungai ketika dahulu, pihak JKKK telah mewujudkan kawasan tersebut sebagai kawasan rekreasi Bumbung Raja Kampung Pasir  Raja. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti berakit, berkayak, berkhemah, berkelah dan bermandi-manda.


3.   KUBU MAT KILAU




Terdapat juga tempat bersejarah iaitu Kubu Mat Kilau yang terletak kira-kira 13km daripada Kampung Pasir Raja. Kubu ini merupakan tempat persembunyian beliau dari buruan penjajah. Kubu Mat Kilau yang dibina di Padang Jerangau, Pasir Raja, Hulu Dungun Terengganu bagi mengingati perjuangan pahlawan lagenda melayu yang menentang penjajahan Inggeris sekitar tahun 1980an. Mengikut sejarah, Kampung Pasir Raja merupakan lokasi utama persinggahan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mengelak ditangkap oleh penjajah British iaitu Hugh Clifford, Residen British Pahang. Ini disebabkan kedudukan kampung yang terpencil serta dikelilingi bukit bukau dan hutan belantara yang selamat dari buruan penjajah.

Selain menjadi tempat perlindungan, Kampung Pasir Raja juga menjadi lokasi pertemuan utama bagi Mat Kilau dan pahlawan-pahlawan yang lain bagi membincangkan strategi untuk menyerang pihak British. Justeru itu, Mat Kilau dipercayai telah membina dua buah kubu sekitar kampung ini sebagai tempat perlindungan sementara. Kubu-kubu ini diperbuat dari timbunan tanah sebagai tempat pengawal bertugas untuk memantau pergerakan musuh. Sebuah kubu telah pun musnah dan terhakis akibat hakisan semulajadi. Namun begitu, hanya sebuah kubu sahaja yang masih lagi elok sehingga kini walaupun mengalami sedikit hakisan.

Disebabkan Kampung ini bersempadan dengan negeri Pahang, pelbagai aktiviti sering dilakukan seperti Jejak Mat Kilau dimana aktiviti yang merentasi hutan rimba, bukit bukau dan mengharungi anak sungai ini sepanjang perjalanan dari Kampung Pasir Raja ke Sungai Tembeling Pahang.

4.   CHEMERONG, BEREMBUN, LANGSIR (CBL)

Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dikalangan pendaki-pendaki gunung di seluruh Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong (1214 kaki/370 meter), Gunung Berembun (3405 kaki/1108  meter) dan juga Air Terjun Langsir (2628 kaki/801 meter).





CHEMERONG

Selain itu, terdapat satu lagi kawasan rekreasi yang boleh dikunjungi oleh pengunjung iaitu Hutan Lipur Chemerong yang terletak kira-kira 24.6km (39min) daripada Kampung Pasir Raja. Hutan Lipur Chemerong terletak di Hutan Simpan Pasir Raja dalam Daerah Dungun. Ia merangkumi kawasan seluas 292 hektar dan mula dimajukan pada tahun 1993. Hutan Lipur ini menawarkan Air Terjun setinggi 305 meter dan merupakan salah satu yang tertinggi di Negara ini. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti kem motivasi, berkelah, berkhemah, mendaki gunung berembun dan sebagainya.



TAMAN BONZAI




PUNCAK GUNUNG BEREMBUN


BEREMBUN

Gunung Berembun berketinggian lebih kurang 3405 kaki atau 1108 meter dari paras laut. Perjalanan untuk ke puncak gunung berembun mengambil masa setengah hari.  Sepanjang perjalanan, pendaki terpaksa meredah anak sungai dan mendaki bukit bukau yang mencabar. Namun begitu, pendaki dapat menikmati pemandangan yang indah dan cantik. Antaranya, taman bonzai yang terletak 500 meter sebelum sampai ke puncak gunung berembun. Sepanjang perjalanan ke puncak, pendaki dikelilingi pokok-pokok bonzai yang renek dan cantik.


 

JERAM LESUNG


 

AIR TERJUN LANGSIR




SUNGAI BALU @ BANGAN



 


CERUN ORKID



LANGSIR

Air Terjun Langsir pula berketinggian lebih kurang 2628 kaki atau 801 meter. Perjalanan mengambil masa satu jam atau lebih dari puncak gunung berembun ke air terjun langsir. Beberapa campsite disediakan untuk kemudahan pendaki-pendaki gunung. Campsite tersebut terletak di Jeram Lesung dan Air Terjun Langsir. Bagi perjalanan pulang pula, pendaki dapat menikmati beberapa tempat atau kawasan menarik seperti sungai balu @ bangan dan cerun orkid. Jika bernasib baik, berbagai spesis orkid dapat ditemui berhampiran cerun tersebut.



5.   POKOK CENGAL TERBESAR & TERTUA DI MALAYSIA


  



Berdekatan dengan Hutan Lipur Cemerong juga, terdapat pokok cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai di Gunung Mandi Angin, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun. Pokok Cengal tersebut setinggi 65 meter dengan ukur lilit 16.75 meter(kira-kira 13 pemeluk) telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia.

Pokok Cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai di gunung mandi angin, Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad.

Pokok Cengal tersebut setinggi 65 meter dengan ukur lilitnya 16.75 meter, atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 meter memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang. Isipadu pokok cengal ini dianggarkan 220m3 dengan keberatan 120 tan metrik.

Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iatu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun. Pokok cengal itu setinggi 16.5m dengan ukur lilit 16.75 meter membolehkan 13 memeluk batangnya yang besar. Pokok Cengal itu dijumpai di pada tahun 1999 oleh pekarja Jabatan Hutan, Omar Mohamad. 

Pokok yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001. 




© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.