Berita Terkini

Usahawan 2016 - NZ Barbershop

31 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

          Seorang usahawan muda yang telah membuka sebuah kedai mengunting rambut iaitu Syaiful Ridwan bin Ali. Beliau yang kini berusia 29 tahun dan telah berumahtangga. Beliau mempunyai 1 orang cahaya mata. Beliau tinggal di Kampung Paya Lima Amas, Kuala Nerus, Terengganu. Taraf pendidikan tertinggi beliau iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau yang mempunyai kemahiran mengunting rambut dan minat telah membuka sebuah kedai gunting rambut bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.           Beliau telah mendaftarkan nama kedai atas nama NZ Barbershop dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ). Beliau menjalankan... read more

USAHAWAN 2016 - PENJUAL BURGER

31 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

          Seorang usahawan muda yang telah membuka sebuah warung burger iaitu Muhamad Hafiz bin Hamid. Beliau yang kini berusia 26 tahun dan masih lagi bujang. Beliau tinggal di Perumahan Wakaf Tembesu, Kuala Nerus, Terengganu. Taraf pendidikan tertinggi beliau iaitu Diploma. Beliau menjual burger hanya sambilan bagi menambah pendapatan beliau.           Beliau menjalankan perniagaan pada waktu malam sahaja. Modal bagi menjalankan perniagaan tersebut hanya RM 130.00 sahaja untuk setiap malam. Walau bagaimana pun, beliau mempunyai seorang pekerja bagi membantu baliau dalam perniagaan ini. Perniagaan beliau telah beroperasi selama... read more

USAHAWAN 2016 - MATT BARBERSHOP

28 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

          Seorang usahawan muda yang telah membuka sebuah kedai mengunting rambut iaitu Muhammad Khairul bin Mohammad. Beliau yang kini berusia 26 tahun dan masih lagi bujang. Beliau tinggal di Kampung Batu 6, Kuala Nerus, Terengganu. Taraf pendidikan tertinggi beliau iaitu Diploma. Beliau pernah bekerja sebagai Tukang Rumah untuk menyara hidup. Kini, beliau menceburi dalam bidang tukang gunting  adalah kerana untuk meningkatkan pendapatan beliau.           Beliau telah mendaftarkan nama kedai atas nama Matt Barbershop dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ). Beliau menjalankan Perniagaan ini yang menyediakan perkhidmatan... read more

PROGRAM SUKAN TAUTAN KASIH PI1M PETAI BUBUS

27 December 2016 | Berita Terkini

          22 Disember 2016 – Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus telah mengadakan Program Sukan Tautan Kasih Pi1M Petai Bubus untuk komuniti setempat. Program tersebut bermula jam 10.00 pagi hingga jam 3.00 petang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus. Seramai 25 orang yang telah menyertai program tersebut. Sebilangan besar merupakan ahli Pi1M Petai Bubus. Turut hadir En. Ahmad Sabri bin Mat Hasan, Pengerusi Penyelaras Pemuda DUN Teluk Pasu dan En. Mazlan bin Ismail, Penghulu Mukim Manir / Petai Bubus.           Pada... read more

PROGRAM BADMINTON PERSAHABATAN PI1M

27 December 2016 | Berita Terkini

                    17 Disember 2016 – Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus telah mengadakan Program Badminton Persahabatan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan Pi1M dengan penduduk. Program ini diadakan di Gelanggang Badminton PAKR Banggol Peradong pada jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Seramai 16 orang peserta yang telah menyertai program tersebut.           Setiap pasangan memilih pasangan masing-masing mengikut pilihan mereka sendiri. Semasa perlawanan berlangsung, peserta yang sedang menunggu giliran boleh menjamu selera makanan yang telah disediakan oleh pihak Pusat... read more

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAMAN DESA PUTRA DAN KLIP DENGAN BIJAK

23 November 2016 | Berita Terkini

          13 November 2016 - Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tabika KEMAS Taman Desa Putra dan Program Klip Dengan Bijak yang melibatkan seramai 19 orang pelajar Tabika dan 3 orang guru. Program ini bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Program tersebut diadakan di Tabika KEMAS Taman Desa Putra.           Sebelum memulakan pertandingan tersebut, sedikit taklimat diberikan oleh Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus tentang tentatif program kepada para peserta. Semua peserta dibekalkan pensil mewarna dan... read more

KISAH KEJAYAAN "CELIK IT Q4 2016" - AMIR HAMZI BIN ABD HALIM

18 November 2016 | Kisah Kejayaan

Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus telah memilih salah seorang pelajar sekolah rendah dalam kisah kejayaan Celik IT. Amir Hamzi bin Abd Halim merupakan pelajar darjah 4 pada tahun ini. Beliau telah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus pada 26 Oktober 2015. Beliau merupakan anak jati kampung ini dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah. Beliau banyak mengikuti kelas traning yang telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus. Antara kelas yang dihadiri oleh beliau adalah Kelas Pengenalan Komputer, Pengenalan Microsite, Kelas Microsoft Word, Kelas Microsoft... read more

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS BANGGOL DONAS & KDB

15 November 2016 | Berita Terkini

14 November 2016 - Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tabika KEMAS Banggol Donas dan Program Klip Dengan Bijak yang melibatkan seramai 24 orang pelajar Tabika dan 2 orang guru. Program ini bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Program tersebut diadakan di Tabika KEMAS Banggol Donas. Turut hadir Penghulu Mukim Manir / Petai Bubus, En. Mazlan bin Ismail dan Timbalan Pengerusi J3K Banggol Donas, En. Kamarudin bin Muda.           Sebelum memulakan pertandingan tersebut, sedikit taklimat diberikan oleh Pengurus Pusat Internet 1... read more

Program LAKAR

09 November 2016 | Berita Terkini

          05 November 2016 -  Klinik Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Petai Bubus telah mengadakan Program LAKAR ( Latihan Kesan, Analisa dan Rawat Penyakit Tibi dan Penyakit Kusta ). Program tersebut berpusat di Perkarangan Pejabat Penyelaras DUN Teluk Pasu, Petai Bubus dan akan dibuat dari rumah ke rumah dalam Kampung Petai Bubus. Program tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program ini bertujuan untuk membuat saringan Tibi dan Kusta kepada penduduk setempat. Seramai 60 orang petugas yang dipecahkan... read more

PERTANDINGAN BUBUR ASYURA PENYELARAS WANITA UMNO DUN TELUK PASU

08 November 2016 | Berita Terkini

         04 November 2016 - Jawatankuasa Penyelaras Wanita UMNO DUN Teluk Pasu telah menganjurkan Kejohanan Bubur Asyura bermula jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di perkarangan Pejabat Penyelaras DUN Teluk Pasu, Petai Bubus yang berhampiran dengan Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus. Program ini diadakan untuk menjalin hubungan silaturahim antara pemimpin dengan wanita dalam DUN Teluk Pasu dan juga untuk mengingati peristiwa Asyura disamping untuk mencari bakat memasak. Kehadiran pada pagi tersebut adalah seramai 120 orang. Turut hadir Pengarah ATRA Negeri Terengganu, Pegawai Penyelaras DUN Teluk... read more