PERTANDINGAN BUBUR ASYURA PENYELARAS WANITA UMNO DUN TELUK PASU

08 November 2016 | Berita Terkini

         04 November 2016 - Jawatankuasa Penyelaras Wanita UMNO DUN Teluk Pasu telah menganjurkan Kejohanan Bubur Asyura bermula jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di perkarangan Pejabat Penyelaras DUN Teluk Pasu, Petai Bubus yang berhampiran dengan Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus. Program ini diadakan untuk menjalin hubungan silaturahim antara pemimpin dengan wanita dalam DUN Teluk Pasu dan juga untuk mengingati peristiwa Asyura disamping untuk mencari bakat memasak. Kehadiran pada pagi tersebut adalah seramai 120 orang. Turut hadir Pengarah ATRA Negeri Terengganu, Pegawai Penyelaras DUN Teluk Pasu dan isteri, Pengerusi Penyelaras Pemuda DUN Teluk Pasu, Pengerusi Penyelaras Puteri DUN Teluk Pasu, Penghulu Mukim Manir / Petai Bubus, Pengerusi J3K dalam DUN Teluk Pasu dan juga Staf ATRA DUN Teluk Pasu.

        Sebanyak 10 periuk atau kuali dipertandingkan dan peserta yang bertanding akan mewakili Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing dalam DUN Teluk Pasu. Tepat jam 7.00 pagi, pertandingan itu bermula dan semua peserta akan menyediakan bahan-bahan untuk memulakan mengucau syura. Tempoh tamat pertandingan diberikan sebelum jam 12.00 tengahari.

        Upacara penyampaian hadiah diadakan selepas itu. Pegawai Penyelaras DUN Teluk Pasu, En. Che Mansor bin Salleh diminta memberikan sedikit ucapan dan membuat majlis perasmian penutup program tersebut. Johan pertandingan tersebut adalah PDM Petai Bubus 1, naib johan adalah PDM Bukit Petiti manakala tempat ke 3 adalah PDM Petai Bubus 2. Semua hadiah pemenang dan cenderahati kepada peserta yang tidak berjaya disampaikan oleh En. Che Mansor bin Salleh. Majlis bersurai lebih kurang jam 1.00 tengahari.