Program LAKAR

09 November 2016 | Berita Terkini

          05 November 2016 -  Klinik Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Petai Bubus telah mengadakan Program LAKAR ( Latihan Kesan, Analisa dan Rawat Penyakit Tibi dan Penyakit Kusta ). Program tersebut berpusat di Perkarangan Pejabat Penyelaras DUN Teluk Pasu, Petai Bubus dan akan dibuat dari rumah ke rumah dalam Kampung Petai Bubus. Program tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program ini bertujuan untuk membuat saringan Tibi dan Kusta kepada penduduk setempat. Seramai 60 orang petugas yang dipecahkan kepada 12 kumpulan dimana setiap kumpulan diketuai oleh seorang doktor. Setiap kumpulan diberikan antara 10 buah hingga 14 buah rumah. Turut hadir ke program tersebut En. Mazlan bin Ismail, Penghulu Mukim Manir / Petai Bubus.

          Pada jam 8.00 pagi, sesi taklimat diadakan terlebih dahulu kepada para petugas yang diketuai oleh seorang doktor dan pengerusi J3K Petai Bubus.  Selepas itu, pendaftaran petugas diadakan untuk pemberian sehelai baju sambil petugas lain sarapan pagi dengan menu nasi dagang dan kuih muih. Sesi bergambar diadakan terlebih dahulu sebelum petugas bergerak lokasi yang telah ditetapkan. Semua petugas menaiki kenderaan Klinik Kesihatan yang telah disediakan.

          Setiap kumpulan akan dibawa oleh juru pandu untuk ke setiap rumah yang telah ditetapkan. Doktor akan bertanya dan check jika ada sebarang penyakit dan memberi lebih penekanan kepada penyakit tibi dan penyakit kusta kepada setiap keluarga yang berada pada masa tersebut. Doktor juga mengambil sampel kohor untuk di analisa di makmal. Doktor juga menyarankan agar cepat-cepat datang ke hospital kerajaan untuk membuat pemeriksaan sekiranya terdapat tanda-tanda yang telah beliau terangkan dan tamplet yang telah diberikan olehnya. Sebelum ke rumah seterusnya, hamper diberikan kepada 1 keluarga sebagai tanda penghargaan kerana memberikan kerjasama. Setelah selesai kesemua rumah, semua kumpulan akan berkumpul di Pejabat Penyelaras DUN Teluk Pasu, Petai Bubus untuk makan tengahari bersama-sama sebelum bersurai.