PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS BANGGOL DONAS & KDB

15 November 2016 | Berita Terkini

14 November 2016 - Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tabika KEMAS Banggol Donas dan Program Klip Dengan Bijak yang melibatkan seramai 24 orang pelajar Tabika dan 2 orang guru. Program ini bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Program tersebut diadakan di Tabika KEMAS Banggol Donas. Turut hadir Penghulu Mukim Manir / Petai Bubus, En. Mazlan bin Ismail dan Timbalan Pengerusi J3K Banggol Donas, En. Kamarudin bin Muda.

          Sebelum memulakan pertandingan tersebut, sedikit taklimat diberikan oleh Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus tentang tentatif program kepada para peserta. Semua peserta dibekalkan pensil mewarna dan kertas mewarna setelah peserta telah mengambil tempat duduk masing-masing. Tepat jam 10.00 pagi, pertandingan bermula dan masa yang diberikan hanya 1 jam 30 minit. Semasa pertandingan berlangsung, pelbagai celoteh kanak-kank seperti berbaring, menyanyi dan ada juga yang kacau kawan-kawan sebelah. Peranan 2 orang guru yang melayan karenah dan memberi tunjuk ajar kepada peserta bagi melancarkan pertandingan tersebut. Pertandingan telah tamat lebih kurang jam 11.30 pagi.

          Sebelum menunggu keputusan diumumkan, sesi Klip Dengan Bijak (KDB) diadakan. Pengurus telah memberikan penerangan berkenaan KDB secara talk kepada semua peserta lebih kurang 30 minit. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang diadakan dan En. Mazlan telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang manakala En. Kamarudin telah menyampaikan cenderahati kepada semua peserta. Sekali lagi En. Mazlan diminta untuk menyampaikan cenderamata kepada Puan Zubariah binti Abdul Ghani, Guru Tabika KEMAS Banggol Donas sebagai tanda penghargaan. Sebelum bersurai, sesi bergambar diadakan terlebih dahulu.