KISAH KEJAYAAN "CELIK IT Q4 2016" - AMIR HAMZI BIN ABD HALIM

18 November 2016 | Kisah Kejayaan

Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus telah memilih salah seorang pelajar sekolah rendah dalam kisah kejayaan Celik IT. Amir Hamzi bin Abd Halim merupakan pelajar darjah 4 pada tahun ini. Beliau telah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus pada 26 Oktober 2015. Beliau merupakan anak jati kampung ini dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah. Beliau banyak mengikuti kelas traning yang telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus. Antara kelas yang dihadiri oleh beliau adalah Kelas Pengenalan Komputer, Pengenalan Microsite, Kelas Microsoft Word, Kelas Microsoft Power Point, Kelas Paint dan sebagainya. Pada mulanya, beliau memang kurang pandai dan mahir menggunakan aplikasi yang ada dalam komputer tersebut. Setelah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Pengurus ataupun Penolong Pengurus, kini beliau mahir menggunakan aplikasi tersebut. Setelah mengikuti kelas latihan di Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus, beliau telah mahir dan lancar menggunakan Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Paint. Beliau juga datang ke sini untuk membuat kerja rumah dan ulang kaji mata pelajaran bersama rakan-rakan yang lain. Selain itu, beliau juga pernah memenangi hadiah dalam aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus.