PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAMAN DESA PUTRA DAN KLIP DENGAN BIJAK

23 November 2016 | Berita Terkini

          13 November 2016 - Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tabika KEMAS Taman Desa Putra dan Program Klip Dengan Bijak yang melibatkan seramai 19 orang pelajar Tabika dan 3 orang guru. Program ini bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Program tersebut diadakan di Tabika KEMAS Taman Desa Putra.

          Sebelum memulakan pertandingan tersebut, sedikit taklimat diberikan oleh Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus tentang tentatif program kepada para peserta. Semua peserta dibekalkan pensil mewarna dan kertas mewarna setelah peserta telah mengambil tempat duduk masing-masing. Tepat jam 10.00 pagi, pertandingan bermula dan masa yang diberikan hanya 1 jam. Guru-guru memberi bimbingan dan memberi tunjuk ajar kepada peserta bagi melancarkan pertandingan tersebut. Pertandingan telah tamat lebih kurang jam 11.00 pagi.

          Sebelum menunggu keputusan diumumkan, sesi Klip Dengan Bijak (KDB) diadakan. Pengurus telah memberikan penerangan berkenaan KDB secara talk kepada semua peserta lebih kurang 30 minit. Majlis penyampaian hadiah saguhati dan pemenang disampaikan oleh Puan Zaiton binti Awang, Guru Tabika KEMAS Taman Desa Putra. Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus telah menyampaikan cenderamata kepada Puan Zaiton binti Awang sebagai tanda penghargaan. Sesi bergambar diadakan terlebih dahulu sebelum menjamu selera dengan makanan KFC yang telah disediakan oleh pihak Tabika.