PROGRAM BADMINTON PERSAHABATAN PI1M

27 December 2016 | Berita Terkini

         

          17 Disember 2016 – Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus telah mengadakan Program Badminton Persahabatan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan Pi1M dengan penduduk. Program ini diadakan di Gelanggang Badminton PAKR Banggol Peradong pada jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Seramai 16 orang peserta yang telah menyertai program tersebut.

          Setiap pasangan memilih pasangan masing-masing mengikut pilihan mereka sendiri. Semasa perlawanan berlangsung, peserta yang sedang menunggu giliran boleh menjamu selera makanan yang telah disediakan oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus. Sebahagian peserta telah memberikan sorakan untuk memberi semangat kepada kawan-kawan mereka. Perlawanan tamat pada jam 11.00 malam. Sebelum bersurai, sesi bergambar diadakan terlebih dahulu.