PROGRAM SUKAN TAUTAN KASIH PI1M PETAI BUBUS

27 December 2016 | Berita Terkini

          22 Disember 2016 – Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus telah mengadakan Program Sukan Tautan Kasih Pi1M Petai Bubus untuk komuniti setempat. Program tersebut bermula jam 10.00 pagi hingga jam 3.00 petang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Petai Bubus. Seramai 25 orang yang telah menyertai program tersebut. Sebilangan besar merupakan ahli Pi1M Petai Bubus. Turut hadir En. Ahmad Sabri bin Mat Hasan, Pengerusi Penyelaras Pemuda DUN Teluk Pasu dan En. Mazlan bin Ismail, Penghulu Mukim Manir / Petai Bubus.

          Pada hari tersebut, terdapat 2 acara yang telah dipertandingkan iaitu Pertandingan Corrom dan Pertandingan Melontar Dart. Acara corrom adalah secara berkumpulan manakala acara melontar dart secara individu. Sebelum memulakan pertandingan, Pengurus Pi1M Petai Bubus telah memberikan taklimat berkenaan acara tersebut. Selepas itu, sesi pengundian kumpulan diadakan bagi memilih pasangan untuk perlawanan corrom.

          Pertandingan tamat lebih kurang jam 2.30 petang. Sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang, En. Mazlan dan En. Ahmad Sabri telah memberi sedikit ucapan kepada para peserta. Selepas itu, majlis penyampian hadiah diadakan kepada para pemenang. En. Mazlan telah menyampaikan hadiah bagi acara melontar dart manakala En. Ahmad Sabri telah menyampaikan hadiah bagi acara corrom kepada semua pemenang. Sebelum bersurai, sesi bergambar diadakan.