USAHAWAN 2016 - MATT BARBERSHOP

28 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

          Seorang usahawan muda yang telah membuka sebuah kedai mengunting rambut iaitu Muhammad Khairul bin Mohammad. Beliau yang kini berusia 26 tahun dan masih lagi bujang. Beliau tinggal di Kampung Batu 6, Kuala Nerus, Terengganu. Taraf pendidikan tertinggi beliau iaitu Diploma. Beliau pernah bekerja sebagai Tukang Rumah untuk menyara hidup. Kini, beliau menceburi dalam bidang tukang gunting  adalah kerana untuk meningkatkan pendapatan beliau.

          Beliau telah mendaftarkan nama kedai atas nama Matt Barbershop dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ). Beliau menjalankan Perniagaan ini yang menyediakan perkhidmatan servis iaitu mengunting rambut, treatment dan mencuci rambut pelanggan serta menjual produk iaitu minyak rambut dan alat-alat gunting. Beliau menggunakan modal simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan  tersebut.

          Pelbagai rintangan dan halangan yang beliau tempuhi semasa menjalankan perniagaan tersebut. Namun, azam yang gigih serta dorongan minat yang tinggi, perniagaan beliau kini semakin maju dan mempunyai pelanggan tetap.