Usahawan 2016 - NZ Barbershop

31 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

          Seorang usahawan muda yang telah membuka sebuah kedai mengunting rambut iaitu Syaiful Ridwan bin Ali. Beliau yang kini berusia 29 tahun dan telah berumahtangga. Beliau mempunyai 1 orang cahaya mata. Beliau tinggal di Kampung Paya Lima Amas, Kuala Nerus, Terengganu. Taraf pendidikan tertinggi beliau iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau yang mempunyai kemahiran mengunting rambut dan minat telah membuka sebuah kedai gunting rambut bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

          Beliau telah mendaftarkan nama kedai atas nama NZ Barbershop dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ). Beliau menjalankan Perniagaan ini yang menyediakan perkhidmatan servis iaitu mengunting rambut para pelanggan. Beliau menggunakan modal simpanan sendiri dan juga membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan  tersebut. Kedai beliau telah beroperasi selama 5 tahun dan telah mempunyai 2 orang pekerja.

Untuk info lebih lanjut, bolehlah menghubungi :

Office : 09-6223303

H/P    : 013-9317298