Berita & Aktiviti Terkini

Program Advokasi Klik Dengan Bijak SMK Tungku

18 April 2018 | Berita Terkini

Advokasi KDB SMK Tungku Pada 18hb April 2018, Pi1M Daerah Lahad Datu iaitu Pi1M Kg Sapagaya, Pi1M Layung Industrial dan Pi1M Pekan Tungku serta Pi1M Kg Paris 3 telah mengadakan Program Advokasi Klik Dengan Bijak bersama pelajar-pelajar tingkatan 6 dan tingkatan 3 SMK Tungku. Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan Pengerusi Majlis memberi kata-kata aluan dan selepas itu di iringi dengan bacaan doa untuk memberkati lagi program pada hari tersebut. Pengurus Pi1M Kg Sapagaya, Puan Siti Zaharah Rahimin memulakan program pada pagi itu dengan taklimat pengenalan Pi1M. Selepas tamat taklimat... read more

Quiversion 3D Coloring Contest

14 April 2018 | Berita Terkini

Pada 14 April 2018, Pi1M Kg Sapagaya telah mengadakan Quiversion 3D Coloring contest untuk pelajar Sekolah Rendah Tahap I dan Tahap II. Quiversion 3D Coloring Contest untuk pelajar tahap I diadakan di sebelah pagi iaitu bermula jam 8.30pagi sehingga jam 10.00 pagi yang di sertai oleh 7 orang pelajar tahap 1. Masa untuk mewarna diperuntukkan selama 1 jam setengah. Penyampaian hadiah di adakan pada jam 10.30 pagi di mana bagi kategori sekolah rendah tahap I tempat pertama di menangi oleh Adik Atisha, Tempat kedua di menangi oleh adik Siti Masturah... read more

Celik IT SSQ12018 : Qishahatul Ifki Binti Abdullah

27 March 2018 | Kisah Kejayaan

Adik Qishahatul Ifki Binti Abdullah ahli Pi1M yang berdaftar pada tahun 2016. Pada umurnya 9 tahun selepas mengikuti kebanyakan kelas ICT yang diadakan di Pi1M Kg Sapagaya adik Qishahatul Ifki kini boleh mempraktikan segala ilmu yang di ajar oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pi1M untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru-guru mereka di sekolah. Para pelajar masa kini kebanyakannya mencari maklumat dan menggunakan perisian Microsoft untuk menyiapkan tugasan yang di beri oleh guru. Adik Qishahatul juga aktif mengikuti semua program yang dianjurkan oleh Pi1M Kg Sapagaya ... read more

Kelas Kek Coklat Brulee dan Roti

25 March 2018 | Info Teknikal

25 March 2018 - Pusat Internet 1 Malaysia Kg Sapagaya LD dengan kerjasama Dhiah Danish Little Kitchen kali ini mengadakan Kelas Kek Coklat Brule dan Roti. Kelas bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari, melibatkan 9 orang peserta yang terdiri daripada suri rumah dan juga pekerja. Kek Brulee adalah satu kek yang tengah viral dari tahun lalu lagi, dimana kek ini dihasilkan dengan beberapa teknik, sebab itu juga harga kek ini jual dengan harga yang lagi mahal daripada kek biasa. Untuk menghasilkan Kek Brulee yang perlu difikirkan... read more

Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) Bersama SMK Terusan

15 March 2018 | Berita Terkini

15 MArch 2018 - Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan di bilik seminar SMK Terusan Lahad Datu yang melibatkan   64 orang pelajar dari tingkatan 4. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah.  Di awal program, pelajar didedahkan dengan taklimat pengenalan PI1M yang disampaikan oleh Encik Mohd Zulikiflee Bin Yusof. Antara pengisian  pengenalan PI1M adalah seperti waktu operasi, kemudahan-kemudahan yang disediakan di PI1M, kelebihan menjadi ahli PI1M dan program  keusahawanan dan latihan ICT yang disediakan di PI1M dan program-program yang pernah diadakan di PI1M. Kemudian taklimat... read more

Usahawan SSQ1 2018 : Pizza Homemade (Puan Fatimah Iskandar)

20 March 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Usahawan SSQ1 - Pizza Homemade Puan Fatimah Binti Iskandar Nama Facebook : Eleng Bahar No. Telefon : 013-887 7631 Puan Fatimah Binti Iskandar memulakan perniagaan makanan bermasak di rumah iaitu Pizza Homemade pada tahun 2017 sehingga tahun 2018. Beliau menjalankan perniagaan di rumah sahaja kerana lebih mudah untuk menyediakaan Pizza tersebut tanpa kos yang banyak berbanding membuka restoran. Beliau tergerak hati untuk berniaga pizza homemade selepas mengikuti latihan- latihan keusahawanan yang diadakan oleh Pi1M Kg Sapagaya. Beliau juga adalah merupakan Pengerusi Pi1M Kg Sapagaya dan selalu terlibat di dalam apa-apa jua aktiviti yang diadakan oleh Pihak... read more

USAHAWAN SSQ1 : Khairul Bin Rahim

19 March 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Mohd Khairul Bin Rahim Nama Facebook : Khai axx No. telefon : 016-5888501 Perniagaan : Warung Santai Seafood Mohd Khairul Bin Rahim, berumur 29 tahun merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan makanan laut dengan membuka Warung Santai Seafood yang terletak di Dam Road Lahad Datu. Saudara Khairul dibesarkan di Kg Sapagaya Lahad Datu. Beliau juga merupakan seorang kontraktor yang aktif ke PI1M Kg Sapagaya untuk membuat kerja-kerja beliau, beliau juga kerap kali datang ke PI1M untuk mendapatkan perkhidmatan printing dan photostat. Fokus beliau kini adalah menjalankan perniagaan makanan bersama dengan isteri. Antara menu istimewa yang terdapat di warung beliau adalah... read more

Bengkel Roti dan Kek

18 February 2018 | Berita Terkini

Pada 18 Februari 2018, Pusat Internet 1 Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan Dhia Danish  Little Kitchen mengadakan Program yang di namakan sebagai Bengkel Roti dan Kek Program yang bermula  pada 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang ini melibatkan 4 orang peserta dari komuniti setempat yang terdiri daripada surirumah dan belia yang tidak bekerja. Bengkel Roti dan Kek adalah antara kelas yang paling mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti sekitar Pi1M Kg Sapagaya. Para peserta yang hadir dengan sifar kemahiran namun selepas menghadiri kelas ini mereka sudah pandai dan tahu bagaimana untuk... read more

Hari Terbuka PI1M Kg sapagaya 2018

04 March 2018 | Berita Terkini

Pada 4 march 2018 - Program Hari Terbuka (Open Day) 2018 PI1M Kg Sapagaya diadakan lebih awal dari tahun sebelumnya dimana selalunya saban tahun akan di adakan pada setiap hujung tahun. Seperti biasa Program hari terbuka merupakan program wajib tahunnan diadakan kepada komuniti setempat dimana sebahagian kemudahan PI1M seperti komputer adalah percuma digunakan pada hari tersebut dan pendaftaraan kehalian ahli PI1M juga percuma. Sambutan dari komuniti setempat juga amat baik, ramai yang datang dari kalangan ibu bapa, belia, remaja dan kanak-kanak turut bersama-sama menjayakan dan mengikuti program yang dihanjurkan oleh PI1M Kg Sapagaya.... read more

Bengkel Deko Kek

25 February 2018 | Info Teknikal

Pada 25 Februari 2018, Pusat Internet 1 Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan Dhia Danish  Little Kitchen mengadakan Program uang di namakan sebagai Bengkel Deko Kek. Program yang bermula  pada 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang ini melibatkan 10 orang peserta dari komuniti setempat  yang terdiri daripada  pekerja dan juga suri rumah. Bengkel Deko Kek merupakan satu bengkel yang kreatif dimana untuk kali ini perserta akan mempelajari teknik  untuk membuat hiasan di atas permukaan kek dan cupcake. Tips untuk mahir dalam seni hiasan kek ini memerlukan kesabaran yang penuh kerana bukan mudah untuk menghasilkan satu... read more

lagi berita & aktiviti