PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK JUN 2022

17 June 2022 | Berita Terkini

Pada 15 Jun 2022 (Rabu), PEDi Kampung Sebait Padas telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak (Berita Palsu). Program ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 9.00 pagi sehingga 11 pagi. Program ini menggalakkan komuniti terutamanya budak sekolah untuk lebih berwaspada dalam media sosial terutamanya media sosial yang seringkali memaparkan berita palsu.Oleh yang demikian, program ini dapat membantu pelajar dalam mengenalpasti dan menganalisis tentang kesahihan suatu berita. Dengan cara ini juga mereka dapat mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan serta menghindari diri sendiri daripada menyebarkan maklumat mahupun berita palsu. Diakhir program ini, pihak pengurusan PEDi menyediakan soalan/kuiz spontan untuk menguji kefahaman pelajar berkenaan topik yang diterangkan.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti berlangsung: