KISAH KEJAYAAN (CELIK IT): MOHD AZWAN BIN LAHABA (Q2-2022)

24 June 2022 | Berita Terkini

Encik Mohd Azwan Bin Lahaba merupakan ahli PEDi Kampung Sebait Padas yang telah mendaftar pada tahun 2020. Encik Mohd Azwan merupakan belia Kg Sebait Padas yang berumur 29 tahun dan berstatus OKU fizikal bahagian 1 tangan kanan sahaja. Seorang ahli yang aktif semenjak dia mula berdaftar sebagai ahli iaitu pada tahun 2020 dan sehingga kini. Kadang kalanya belia ini sentiasa mengunjungi PEDi Kampung Sebait Padas dalam 1 minggu sekali untuk tujuan menambah ilmu, memohon jawatan pekerjaan secara atas talian dan juga melayari internet. Sebelum itu, belia ini, kurang mahir berkaitan dengan penggunaan komputer seperti menggunakan Microsoft Word, Email, FB dan lain-lain aplikasi yang terdapat dalam komputer. Semenjak belia ini, menjadi ahli PEDi kini banyak ilmu pengetahuan baru yang diperolehinya yakni dengan mengikuti kelas khususnya untuk meningkatkan kemahirannya dalam penggunaan komputer dan juga melayari internet dengan cara yang betul berdasarkan kemudahan dan medium yang disediakan.