JEMPUTAN PROGRAM MPS PELANCARAN SANDAKAN HERITAGE KEPADA KLUSTER PEDi SANDAKAN

18 June 2022 | Berita Terkini

Pada 18 Jun 2022 (Sabtu) telah berlangsung satu Program Jemputan kepada Team Kluster PEDi Sandakan oleh pihak MPS iaitu Pelancaran Papan Informasi Jejak Warisan Sandakan 2022 yang bertempatan di Tangga tepi Public Bank, Wisma Sandaraya dan dirasmikan oleh tetamu terhormat iaitu YB Datuk Jafry Bin Jariffin selaku Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Program ini berlangsung awal pada jam 8.00 pagi lagi, bagi menunggu ketibaan YB datang untuk pelancaran dan penyampaian cenderamata taklimat di Dewan Persidangan MPS pada jam 9.00 pagi. Alhamdullillah wakil Team Kluster PEDi Sandakan sempat berama mesra dengan YB dan sambil berkongsi serba sedikit peranan PEDi dalam membantu menyebarkan tempat-tempat yang menarik di Sandakan melalui FB page Menarik di Sandakan yang diterbitkan oleh Team Kluster PEDi Sandakan untuk menarik pelancong luar dan dalam negeri. PEDi Kg Sebait Padas mengucapkan ribuan terima kepada PEDi- PEDi Sandakan dan Pihak MPS telah menjemput dalam program ini walaupun masanya singkat dan mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan bekerjasama dalam menganjurkan program. Apa-apa pun jangan lupa tonton Video Klip di FB Page Menarik Di Sandakan, bagi Like dan Shared sebagai Ilmu Pengetahuan Umum kepada masyarakat. Assalamulaikum W.B.T.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: