Mengenai Pusat Internet

Mengenai PEDi-

PEDi (Pusat  Ekonomi Digital Kleuarga Malaysia) yang dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) atau Community Broadband Centre (CBC) Merupakan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), CELCOM dan NUSUARA Technologies Sdn. Bhd. Inisiatif daripada pihak-pihak tersebut dalam melaksanakan projek PEDi, iaitu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua rakyat di negara kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat.

 

Di samping itu, PEDi ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan kata lain PEDi memudahkan penduduk mendapatkan kemudahan komputer dan internet. Malahan PEDi turut menyediakan perkhidmatan pembelajaran kepada penduduk dan pelbagai aktiviti harian seperti proses pembelajaran dan perbankan secara online.

 

PEDi Kg Sebait Padas merupakan PEDi pertama yang ditubuhkan di daerah Sandakan. PEDi Kg Sebait Padas telah mula beroperasi pada 12 September 2015. PEDi ini terletak kira-kira 25 batu dari Bandar Sandakan. Di antara objektif PEDi Kg Sebait Padas ialah:

  1.   Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.

  2.   Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat terhadap teknologi komputer dan internet

  3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat setempat melalui kemudahan yang disediakan      dan aktiviti yang dijalankan di PEDi

  4.   Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan masyarakat setempat selaras dengan matlamat kerajaan