Ekonomi dan Keusahawanan

EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN

Kegiatan ekonomi dan keusahawanan yang dijalankan di Kg. Sebait Padas, Sandakan


1. Peniagaan/Kraftangan

- Kraftangan - di usahakan oleh Cik Dayang Atikah,berusia 17 tahun berasal daripada Kampung Sebait Padas.  Cik Dayang Atikah mula membuat kraftangan iaitu bunga  daripada tisu pada usia beliau 15 tahun lagi. Beliau mendapat tempahan daripada guru - guru di Sekolah Menengah Libaran Sandakan. Apabila beliau menamatkan pelajaran, beliau mula mempromosikan perniagaan kraftangannya melalui whatapp dan facebook. 

- Makanan - Selain daripada kraftangan Cik Dayang Atikah juga merupakan pengusaha makanan. Di antara makanan yang mendapat sambutan adalah kuih terang bulan dan nasi kuning. Bukan sahaja penduduk Kg Sebait Padas tetapi kampung sekitar juga menempah makanan daripada Cik Dayang Atikah.


Untuk Tempahan Secara dalam Talian:-

Whatsapp : 019 - 5886933


2. Usahawan Makanan (Adi Bin Amit)


Perniagaan Ad’fia Homemade telah terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Ad’fia Homemade Bakery dan Ad’fia Homemade Satay. Ad’fia homemade bakery adalah sebuah perniagaan yang berasaskan kuih-muih, roti, biskut dan lekor. Bagi Ad’fia homemade satay pula adalah sebuah perniagaan yang menjual makanan yang dipanggang,contohnya seperti ayam, daging, dan ikan.

Perniagaan Ad’fia homemade juga telah menubuhkan sebuah gerai biasa yang bertempat agak strategik kerana ianya berhampiran dengan kawasan sekolah, berdepan dengan sebuah kedai runcit dan laluan untuk orang kampung ke bandar melalui jalan batu 10 Sibuga. Selain itu Perniagaan Ad’fia homemade juga mempromosi perniagaan melalui Facebook dan Whatapp.(012-8342428)



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.