Maklumat Tempatan
KG. SEBAIT PADAS, SANDAKAN
Kampung ini pada asalnya adalah milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). Pada tahun 1972 beberapa keluarga telah membuka kawasan ini sehinggalah pada tahun 1979 orang ramai turut serta menduduki kampung ini. Dalam tahun 1979, kampung ini telah ada seorang ketua kampung iaitu En. Kassim Bin Dawai yang berasal dari Sungai Padas, Beaufort. Dengan ini beliau menamakan kampung ini sebagai 'Kampung Padas/Sebait' sempena mengambil nama kampung asal beliau. Selepas En. Kassim Bin Dawai, beliau digantikan oleh En. Jawi Bin Ongno untuk meneruskan usaha yang telah sedia ada. Pada tahun 1988 pihak LKTNS dengan rasminya telah bersetuju mengeluarkan tanah ini sebagai 'Tanah Perkampungan'. Surat pengesahan ini telah ditandatangani oleh YB. Datuk Baharum Hj. Abu Bakar Titingan.
PIM KG SEBAIT PADAS
Lokasi | Kg Sebait Padas |
Mukim | Sungai Manila Utara |
DUN | N.51 Sungai Manila |
Parlimen | P.184 Libaran (Datuk Zakaria Bin Mohd Edris) |
Daerah | Sandakan |
Negeri | Sabah |
Populasi | 865 orang |
Aktiviti Ekonomi Utama | Pertanian, Perniagaan |
Jumlah Keahlian (setakat 12 September 2020) | 727 Orang |
Lat/Long PI1M | Lat 5.9883520°, Log 118.0098560° |
Teknologi | Hub & Spoke – Microwave |
Permberi Perkhidmatan | Celcom Axiata Berhad |
Tarikh Bermula Beroperasi | 12 September 2015 |
Laman Web | Website http://www.celcom1cbc.com/kg-sebait-padas https://www.facebook.com/sebaitpadas |
Kampung Tanpa Wayar | 1. Kg Sebait Padas (20m CBC TOWER) |