Pelancongan & Rekreasi


1. Pulau Libaran

Pulau Libaran terletak berhampiran dengan pelabuhan SandakanSabah, di pantai timur Sabah,Malaysia.Luas pulau ini 17 km persegi dan dilindungi di bawah Akta Taman Negara pada 1977 oleh Jabatan Perhutanan Sabah.Pulau ini terdiri daripada 3 buah pulau kecil iaitu pulau Selingan, pulau Bakkungan Small dan pulau Gulisan. Hanya 40 km dari pantai Sandakan.Hidupan yang paling eksotik di sini ialah penyu belimbing yang bertelur pada musim-musim tertentu iaitu pada bulan Oktober setiap tahun. Setiap malam sehingga 50 ekor penyu mendarat untuk bertelur .Pada 1 Ogos 1966, pulau Libaran didapati berpotensi untuk pendaratan penyu, mengeram dan penetasan penyu . Ia dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.


2. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok - Kabili, 24 km dari SandakanSabah.Malaysia. Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang semakin pupus di dunia ini.Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini dibuka pada 1964 dan ditadbir oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Luas pusat ini termasuk hutan simpannya ialah 4294 hektar dan mula dibuka kepada kunjungan para pelancong pada 1964.Kini terdapat 300 ekor orang utan yang hidup secara semula jadi, diberi makan, diternak dan ditempatkan (dibuang) ke sini dari tempat-tempat lain. Menurut kajian Jabatan Hidupan Liar Sabah, terdapat 13,000 orang utan di seluruh negeri Sabah. Oleh itu, pemilihan Sepilok sebagai pusat pemuliharaan orang utan amat bertepatan sekali.

3. TURTLE ISLAND PARK

Taman Negara Pulau Penyu terletak 40km utara dari Sandakan, Sabah. Ia terdiri daripada 3 buah pulau iaitu Selingan, Bakkungan Kecil dan Gulisan, dikelilingi oleh terumbu karang dan laut.  Ia terkenal dengan Penyu Pulau (Green Turtles) dan Penyu Karah/Penyu Sisik (Hawksbill Turtles) yang datang bertelur di pantai pulau ini.Hanya di Pulau Selingan menyediakan perkhidmatan chalet bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini bagi menyaksikan penyu bertelur. Bulan Oktober adalah masa musim kemuncak bagi penyu naik ke pantai untuk bertelur.


Selain daripada itu terdapat banyak tempat - tempat menarik di daerah Sandakan diantaranya ialah:

1. Pulau Lankayan

2. Sandakan Memorial Park

3. Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary

4. Sandakan Rainforest Discovery Centre

5. Rumah Agnes Newton Keith

6. Puu Jih Shih Buddhist Temple



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.