Berita & Aktiviti Terkini

USAHAWAN PI1M KG SELEKOH - NURUL IDAYU SAPUAN

14 October 2017 | Profil Usahawan Tempatan

  Nama : Nurul Idayu Binti Sapuan Umur: 24 Tahun Jantina: Perempuan No Telefon: 011 – 3628 6432 Jenis Perniagaan : Kuih Muih, Frozen Food & Ais Krim Viral Lokasi Perniagaan : Lot 3641, Kampung Sungai Payong, Jalan Sungai Tiang,    36200 Selekoh, Perak. Waktu Perniagaan : 10.00 Pagi – 7 .00 Malam Facebook: https://www.facebook.com/dik.idayu   Puan Nurul Idayu Binti Sapuan merupakan usahawan PI1M Kg Selekoh pada bulan ini. Puan Idayu merupakan seorang usahawan dan telah menjalankan perniagaan secara atas talian. Ia memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dimana focus jualan adalah terhad kepada kuih-muih (aneka kuih), frozen food, aiskrim viral dan terkini... read more

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KEMAS KG SELEKOH

14 October 2017 | Berita Terkini

Pada 12 Oktober 2017 (Khamis), telah berlangsung Lawatan Sambil Belajar KEMAS Kg Selekoh. Lawatan sambil belajar ini bertujuan mengajar serta memperkenalkan pelajar KEMAS akan teknologi dan fungsi-fungsinya. Selain daripada itu, program ini juga dapat memperkenalkan PI1M dan juga fungsinya kepada kanak-kanak. Lawatan ini telah dihadiri oleh seorang guru KEMAS iaitu Puan Harlina Binti M. Agus dan seramai 12 orang murid. Kehadiran mereka di PI1M Kg Selekoh disambut oleh kami pihak pengurusan PI1M. Sebelum bermula lawatan mereka telah didedahkan tentang fungsi dan peraturan PI1M terlebih dahulu. Selepas itu, kami membawa mereka berkumpul... read more

BENGKEL MEMBUAT MARUKU SEMPENA DIWALI

14 October 2017 | Berita Terkini

      Pada 10 Oktober 2017 (Selasa), telah berlangsung Program Bengkel Membuat Maruku sempena Diwali. Program ini telah diadakan di Bilik Latihan PI1M Kg Selekoh pada pukul 2.30 petang sehingga 5.00 petang. Sempena perayaan Diwali yang akan datang kami bercadang untuk mengadakan bengkel ini. Bengkel membuat maruku sempena diwali ini bertujuan mengajar serta memperkenalkan makanan tradisi kaum india. Ini kerana maruku merupakan makanan wajib pada perayaan Diwali. Selain daripada itu, bengkel ini juga dapat memperkenalkan makanan tradisi kaum india pada masyarakat lain. Seramai 12 orang peserta telah menghadiri bengkel ini. Pada mulanya, kami... read more

KISAH KEJAYAAN CELIK IT – MOHAMMAD FIRDAUS BIN ABU

07 October 2017 | Kisah Kejayaan

      Mohammad Firdaus Bin Abu merupakan salah seorang ahli yang telah berdaftar di PI1M Kg Selekoh. Dia merupakan ahli yang aktif dan selalu datang ke PI1M Kg Selekoh untuk menggunakan komputer dan melayari internet. Walaupun dia merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak menjadi halangan untuknya datang dan belajar menggunakan komputer di PI1M. Selain daripada itu, dengan semangat yang ada pada Mohammad Firdaus, dia tidak berputus-asa belajar untuk tahu menggunakan komputer dan melayari internet. Seawalnya, kami telah mengajarnya pengenalan tentang komputer dan hari seterusnya setelah dia kerap datang ke PI1M, kami telah mengajarnya... read more

HARI KESIHATAN KOMUNITI, FIT & FUN KLINIK KESIHATAN SELEKOH 2017

05 October 2017 | Berita Terkini

    4 Oktober 2017, (Rabu) telah berlangsung Hari Kesihatan Komuniti, Fit & Fun Klinik Kesihatan Selekoh 2017 bertempat di Padang MPTI Selekoh, Perak. Program ini telah dianjurkan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Selekoh dan program ini telah bermula seawal 7.45 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Shahrulzaman Bin Datuk Yahya selaku ADUN Rungkup. Pelbagai aktiviti yang telah di laksanakan sepanjang program tersebut seperti senaman, taklimat dan pelepasan Program 10 000 langkah, pertandingan mewarna kanak-kanak tadika, sukan tadika, ceramah berkenaan degan kesihatan dan cabutan bertuah.... read more

MAJLIS QURAN HOURS BERSAMA KOMUNITI KG SELEKOH

21 September 2017 | Berita Terkini

          Pada 20 September 2017 (Rabu) – Majlis Quran Hours bersama komuniti Kg Selekoh telah berlangsung di Bilik Latihan PI1M Kg Selekoh. Majlis diadakan bermula pada pukul 2.30 petang dan bersurai sehingga jam 5 petang. Majlis Quran Hours bersama komuniti ini bertujuan untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam supaya membaca dan memahami apa yang terkandung dalam al-Quran. Selain daripada itu,program ini juga dapat mendidik umat Islam supaya sentiasa membaca al-Quran secara berterusan pada setiap hari dan bukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja. Pengisian yang dibuat dalam Majlis Quran Hours bersama komuniti... read more

E – TUITION SPM BERSAMA PELAJAR SMK TUN ABDUL RAZAK, SELEKOH

13 September 2017 | Berita Terkini

Pada 11 September 2017 (Isnin), telah berlangsung Program E – Tuition SPM bersama pelajar SMK Tun Abdul Razak, Selekoh selama 3 hari bertempat di Bilik Latihan PI1M Kg Selekoh. Program E – Tuition ini adalah merupakan kerjasama antara sekolah dan PI1M untuk pelajar STARS yang akan menduduki SPM mengakses dan belajar secara dalam talian. Pelajar yang terlibat dalam program E-Tuition ini adalah daripada pelajar 5KAA, 5EK dan 5SN dan seramai 3 orang guru bimbingan yang berlainan pada setiap slot. Puan Pengetua STARS iaitu Puan Zuraida Binti Zainal Abidin turut hadir... read more

SUCCESS STORY SEPTEMBER – CHE PUTEH

13 September 2017 | Kisah Kejayaan

    Nama : Che Puteh A/P Hassan Umur: 61 Tahun Jantina: Perempuan Pekerjaan: Berniaga Jenis Perniagaan : Makanan dan Minuman Nama Perniagaan: Gerai Makanan De Putih Lokasi Perniagaan : No 6, Lot 78, Pekan Selekoh, 36200 Selekoh, Perak. Waktu Perniagaan : 10.00 Pagi – 12 .00 Malam Che Puteh merupakan seorang usahawan yang bermula daripada menjual nasi lemak, kuih-muih dan pelbagai menu lain yang berasaskan sarapan pagi dengan membuka gerai di Kampung Selekoh. Pada suatu hari, ada pelanggan yang memintanya untuk menjual lauk-pauk masakan tengahari dan seterusnya beliau menerima idea yang pelanggan mahukan dan menambah jualan lauk-pauk di gerainya.... read more

JOM KENALI UBAT ANDA DI DEWAN JKKK KG SELEKOH

08 September 2017 | Berita Terkini

      Pada 6 September 2017 (Rabu), telah berlangsung ceramah Jom Kenali Ubat Anda di Dewan JKKK Kg Selekoh yang berada bersebelahan dengan Pusat Internet 1Malaysia Kg Selekoh. Ceramah ini telah dikendalikan oleh JKKK Kg Selekoh yang telah menjemput Pegawai Farmasi daripada Langkap, Perak untuk memberikan ceramah dan menerangkan tentang cara pengambilan dan kenali jenis- jenis ubat-ubatan. Majlis ini diadakan secara santai dan telah dihadiri oleh Penghulu Mukim Rungkup iaitu Encik Muhammad Bin Eslah serta Ketua Kampung Selekoh iaitu Hj Dimyati Bin Hj Tahir dan penduduk-penduduk dari Kg Selekoh. Selain daripada itu, kami pengurusan... read more

BIRTHDAY PARTY: ANAK MERDEKA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG SELEKOH

29 August 2017 | Berita Terkini

    Pada 27 Ogos 2017 (Ahad), PI1M Kg Selekoh telah mengadakan Majlis Birthday Party: Anak Merdeka yang bertempat di Bilik Latihan PI1M Kg Selekoh. Majlis ini diadakan untuk meraikan ahli PI1M yang lahir pada bulan kemerdekaan iaitu pada bulan Ogos dan mengeratkan hubungan petugas PI1M Kg Selekoh dengan ahli PI1M dan menggalakkan penduduk setempat untuk datang ke PI1M bersama-sama menyambut bulan kemerdekaan. Tambahan pula, seramai 5 orang ahli PI1M (sekolah rendah) yang kami raikan terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Mereka sangat teruja apabila mendapat kad undangan sebagai... read more

lagi berita & aktiviti