Ekonomi dan Keusahawanan

Mengenai ekonomi dan keusahawanan penduduk di Kampung Sungai Labu, Labuan. Penduduk di sini menjalankan perniagaan sendiri seperti Perniagaan runcit, Gerai Makan, Pengusaha Homestay, Gerai Ikan dan juga bekerja sebagai Nelayan.


Perniagaan Kedai Runcit

Terdapat beberapa kedai runcit yang dibuka di kawasan Sungai Labu. Ianya bertujuan untuk membantu penduduk kampung membeli keperluan asas mereka tanpa perlu ke bandar. Malahan bukan setakat orang kampung Lubok Temiang sahaja, tetapi juga penduduk kampung lain yang berdekatan.


Pengusaha Gerai Makan

Restoran Indera Gusu merupakan sebuah gerai makan yang terdapat di Kampung Sungai Labu. Gerai ini menyediakan pelbagai hidangan seperti masakan hidangan laut dan juga western food. Ramai pengunjung daripada kawasan sekitar Sungai Labu yang berkunjung ke sini kerana hidangan yang dimasak amat sedap disamping harga yang ditawarkan juga amat berpatutan.


Pengusaha Homestay

Kampung Sungai Labu memang terkenal dengan Homestay. Terdapat beberapa Homestay yang sering menjadi tumpuan bagi mereka yang datang berkunjung ke Pulau Labuan antaranya Jamaliah Homestay dan Mastura Homestay. Harga yang ditawarkan juga begitu murah dan kediaman yang disediakan juga begitu selesa.



Pengusaha Gerai Ikan

Ikan yang diperolehi daripada hasil tangkapan para nelayan akan dijual di gerai ikan segar yang terdapat di Sungai Labu. Gerai ikan ini dibuka sebagai alternatif kepada penduduk setempat untuk membeli ikan segar selain mendapatkannya di pasar ikan yang terletak di kawasan bandar.


Nelayan

Terdapat juga penduduk kampung ini yang menjadikan aktiviti perikanan sebagai sumber pendapatan dengan menjadi nelayan. Ikan yang diperolehi akan terus dijual di Gerai Ikan segar yang terdapat di kampung ini. 



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.