Maklumat Tempatan



          Terbitnya nama Kampung Sungai Labu ini adalah dari sejarah lama semasa Peperangan Cina dahulu kala.  Dahulunya, sungai yang wujud di Kampung ini begitu dalam airnya, hinggakan tongkang-tongkang Cina yang lari dari peperangan boleh berlabuh di perairan sungai ini. Seperti lazimnya Kaum Cina memang gemar memakan buah labu dan buah-buah labu inilah yang menjadi bekalan kepada mereka semasa melarikan diri dari peperangan. Secara kebetulan pada masa itu,musim kemarau yang panjang telah berlaku. Setelah itu,iaitu setelah 6 bulan musim kemarau ini berlaku, maka hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama tujuh hari tujuh malam yang mengakibatkan banjir besar berlaku di kampung ini.Buah-buah labu yang menjadi bekalan kepada Kaum Cina itu turut banyak dibawa arus air sungai. Tidak siapa menduga selepas banjir berhenti, tumbuh benih-benih labu yang banyak di sepanjang tebing sungai. Akibat daripada tragedi yang dianggap aneh ini maka kampung ini dinamakan sebagai Kampung Sungai Labu bersempena dengan kehadiran benih-benih labu disepanjang tebing sehinggalah hari ini.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.