Pendidikan

PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG SUNGAI LABU

Mula beroperasi pada pertengahan bulan Januari 2006 di bawah pantauan dan pengurusan Perpustakaan Awam Labuan. Pada permulaan, perkhidmatan perpustakaan ini hanya menyediakan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan buku sahaja . Pada bulan Mac 2007,perkhidmatan internet secara percuma disediakan apabila kemudahan ini dibekalkan oleh pihak KTAK secara percuma kepada orang awam dan pada bulan Mei 2014, SKMM ada membekal dan menyediakan kemudahan Laptop 1 Malaysia sebanyak 10 unit kepada pengguna Perpustakaan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Penggunaan internet secara PERCUMA
  • Penggunaan Laptop 1 Malaysia
  • Perkhidmatan WIFI secara PERCUMA
  • Mesin pengimbas ( Scanner ) & mesin pencetak ( Printer ) juga disediakan
  • Belajar Asas Komputer
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.