Berita & Aktiviti Terkini

Openday dan Sambutan Aidilfitri 2017

28 July 2017 | Info Teknikal

Pada 23 julai 2017 bersamaan 29 syawal yang lepas telah berlangsung dengan jayanya program tahunan pusat internet kampung sungai samak iaitu majlis hari terbuka dan sambutan aidilfitri pada hari ahad 8.00 pagi hingga 1.00 petang.                                                    Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak PI1M Kampung Sungai Samak contohnya pertandingan gubahan tuala, pertandingan pudding, pertandingan menaip pantas, pertandingan kuiz klik dengan bijak, pertandingan sukaneka pelbagai peringkat dewasa dan kanak-kanak.    ... read more

Kelas Usahawan Siri ke2 (Kambing Golek)

28 July 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Telah berlangsungnya program usahawan tentang penyediaan dan pemasaran kambing golek oleh usahawan kambing golek wak ijam di pi1m kg sg samak pada 24 julai yang lalu. Program kali ini dihadiri oleh 3 orang peserta dan merupakan usahawan,program ini bukan sahaja menerapkan nilai-nilai usahawan dalam bengkelnya malahan berkongsi kejayaan yang dimilikinya, selain itu, program usahawan ini juga memberikan pendedahan serta ilmu berkaitan dengan praktikal penyediaan kambing golek untuk tujuan pengkormersialanya dan program ini juga akan diadakan pada bulan hadapan di pi1m sg samak. Jika berminat untuk menyertainya sila hubungi pengurus cik... read more

Jamuan raya perdana dan hari terbuka PI1M ayer hitam

28 July 2017 | Info Teknikal

Pada 22 Julai malam sabtu yang lalu telah diadakan program jamuan hari raya dan hari terbuka PI1M Ayer Hitam yang melibatkan warga komuniti sekitar. Majlis sambutan aidilfitri itu telah diadakan di dewan arena kampung Ayer Hitam pada pukul 8 malam hingga 12malam. Program tersebut telah dihadiri oleh wakil YAB Dato’ Mah Siew Keong dan dihadiri oleh YB Dato’ Azhar Bin Jamaluddin. Selain itu wakil-wakil ketua kampung lain juga turut hadir memeriahkan majlis yang diadakan pada hari tersebut.                                ... read more

Jamuan raya perdana

28 July 2017 | Info Teknikal

Pada 15 Julai yang lalu telah diadakan program jamuan hari raya perdana yang melibatkan tiga buah kampung iaitu kampung sungai manila, kampung sungai samak dan kampung bagan lalang yang diadakan di dewan arena kampung sungai manila pada pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari. Program tersebut telah dihadiri oleh YAB Dato’ Mah Siew Keong dan YB Dato’ Azhar Bin Jamaluddin. Selain itu wakil-wakil ketua kampung lain juga turut hadir memeriahkan majlis yang diadakan pada hari tersebut.                                  ... read more

Program Welcoming ceremony sukarelawan ICT di PI1M Rungkup Bagan Datuk.

28 July 2017 | Info Teknikal

Pada 11 Julai yang lalu telah berlangsungnya program welcoming ceremony yang melibatkan sukarelawan ICT (IIV) yang bertujuan untuk memperkasakan warga Malaysia menjadi warga digital menuju kearah digital pintar (smart digital nation) yang dibantu oleh sukarelawan luar negara iaitu korea yang terpilih untuk bekerjasama dengan Malaysia. Program untuk tahun ini melibatkan tiga kumpulan sukarelawan ICT dari Korea akan ditempatkan selama 6 minggu di PI1M Kg Rungkup, Bagan Datuk, Perak. PI1M kampung Sungai Samak merupakan salah satu kluster yang terlibat dalam menjayakan program ini. Program perasmian pada hari tersebut dirasmikan oleh YBHG. Dato’... read more

Usahawan Dzahrulazhar Bin Muhammed Daim

15 June 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Dzahrulazhar Bin Muhammed Daim Seorang usahawan kecil-kecilan dan mempunyai gerai makan sendiri dan secara penjaja. Makanan yang paling popular yang dijual di gerainya adalah pau yang beraneka terutamanya perisa coklat, selain itu air jusnya yang sangat enak. Gerai beliau dibuka pada jam 12 tengahari hingga 6 petang berhadapan pusat internet 1 malaysia kampung sungai samak. Beliau berjinak dalam perniagaanya dalam bulan lalu dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh komuniti kampung.                                      Beliau juga dibantu oleh isterinya untuk membantunya berniaga dan melayan pelangganya.... read more

Program Indahnya Syawal

15 June 2017 | Info Teknikal

Semasa cuti sekolah yang lalu iaitu pada tarikh 7 jun 2017, PI1M Sungai Samak telah mencuri peluang ini dengan mengajak komuniti dan ahli pi1m sekolah rendah dan sekolah menengah untuk  beramai-ramai menyertai dan memeriahkan program indahnya syawal. Program tersebut diadakan bagi memberi kemeriahan syawal yang bakal menjelma selain daripada mengisi masa lapang peserta, program ini diadakan dari jam 10 pagi hingga 3 petang.                                     Beberapa pertandingan yang diadakan didalam program ini antaranya ialah mewarna bagi kategori sekolah rendah... read more

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Kampung Sungai Samak

15 June 2017 | Info Teknikal

Pada 11 jun 2017 yang lalu telah diadakan majlis berbuka puasa yang dianjuri oleh alumni Sek Keb Kampung Sungai Samak dan kerjasama oleh komuniti di tiga buah kampung berhampiran. Majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan ibu tunggal itu telah dihadiri oleh ketua kampung Bagan Lalang, dan Kampung Sungai Manila, Program tersebut diadakan di Surau Hidayatul Himidiah Sungai Manila. PI1M Kampung Sungai Samak juga turut dijemput untuk hadir dalam majlis tersebut. Majlis berbuka puasa itu bermula seawal jam 5 petang dengan bergotong royong menyediakan tempat untuk para hadirin berbuka puasa seterusnya... read more

SAMBUTAN HARI TERBUKA PI1M TAMAN MUHIBAH

27 May 2017 | Info Teknikal

14hb Mei, 2017 (Ahad) – Majlis Hari Terbuka Bersama Komuniti telah diadakan bagi memberi peluang untuk merapatkan hubungan dengan komuniti setempat. Dalam program ini juga akan diselitkan dengan program “Klik Dengan Bijak” (KDB). Ianya merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha untuk mendidik masyarakat untuk menggunakan rangkaian internet dengan lebih berhemah dan bijak.Pusat Internet 1 Malaysia Taman Muhibbah serta Pi1M kluster Hilir Perak berkerjasama menjayakan Program Hari Terbuka PI1M Taman Muhibbah. Program tersebut berlangsung di Bilik Latihan PI1M Taman Muhibbah dan perkarangan PI1M... read more

Program Usahawan Kambing Bakar Oleh Wak Ijam

23 May 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Pada 14 Mei 2017 bersamaan hari ahad baru-baru ini telah berlangsungnya program usahawan. Usahawan PI1M iaitu Wak Ijam Kambing Bakar. Beliau juga merupakan seorang usahawan dan juga telah menjadi seorang tenaga pengajar dalam kelas yang dianjuri olehnya. Kelas tersebut terdapat dua sesi iaitu sesi pagi berkaitan teori dan seminar dan sesi petang pula berkaitan praktikal kelas tersebut. Kelas Usahawan yang julung-julung kali diadakan ini mendapat perhatian peserta dari seluruh negara, dihadiri seramai 6 orang pesert. Apa yang menariknya adalah peserta luar dari selatan tanah air juga seperti johor,dan klang turut menghadiri... read more

lagi berita & aktiviti