KDB AND INTELLIGENT INDOOR GAMES (EVENT SEPTEMBER)

06 October 2016 | Berita Terkini
Pada 29 september yang lalu pusat internet 1 Malaysia bersama- sama dengan komuniti yang berumur sekitar 6 tahun hingga 21 tahun disekitar kampung sungai samak mengikuti Event KDB and Indoorgames yang memberikan pengetahuan berkaitan ict dan teknologi kepada komuniti yang terlibat. Program tersebut telah dihadiri seramai 25 orang peserta, antara program atau acara yang dilaksanakan pada hari tersebut ialah tayangan video selama 45 minit berkaitan klik dengan bijak seterusnya para pserta diberi pendedahan dan diselitkan sesi soal jawab berdasarkan video yang ditayangkan berkaitan pengetahuan klik dengan bijak. 






Acara lain yang dijalankan selain tayangan, video tersebut ialah acara scrabble permainan minda dan diselitkan dengan klik dengan bijak, permainan catur dan permainan saidina.
Selepas 3 jam acara berlangsung acara penyampaian hadiah diberikan kepada para pemenang.