CERAMAH KDB DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SAMAK

19 October 2016 | Berita Terkini
Pada hari selasa,18 oktober 2016 telah diadakan program ceramah klik dengan bijak oleh Pusat Internet Kampung Sungai Samak dengan kerjasama Pusat Internet Taman Muhibah di sekolah Kebangsaan Sungai Samak. Program yang berlangsung pada seawal jam 8.30 pagi itu dihadiri oleh murid tahun lima dan enam serta para guru yang membimbing. Antara acara dan slot yang diberikan kepada murid-murid ialah penerangan slide dari mcmc tentang klik dengan bijak dan beberapa slot tayangan video dari mcmc serta slot soalan. 


Murid yang telah berjaya menjawab soalan yang diberikan mendapat hadiah yang disediakan, seterusnya, murid- murid yang menyertai program ini juga turut mendapat hadiah saguhati dari pihak Pusat Internet 1 Malaysia.