Mengenai PI1M


Maklumat Pi1M Kg Sg Samak




Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Samak telah mula di bina pada tahun 2014 dan telah mula siap sekitar bulan April 2015. Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Samak telah mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2015. Projek ini diharap dapat membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Dilengkapkan dengan 20 komputer meja serta perkakasan yang lain seperti mesin fotostat, mesin pencetak, mesin laminasi beserta dengan capaian internet jalurlebar, PI1M juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa iaitu pengurus dan penolong pengurus di PI1M tersebut.

Di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat, ianya adalah inisiatif Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang dilaksanakan bagi mencapai objektif utama berikut:

1.    Menyediakan capaian komunikasi kepada kumpulan & individu di kawasan kurang liputan.

2.    Meningkatkan penggunaan ICT di kalangan komuniti ke arah pembangunan sosio ekonomi masyarakat setempat.

3.    Merapatkan jurang digital.

  

Wifi Hotspot / KTW

Pusat Internet 1 Malaysia turut menyediakan Wifi Hotspot atau lebih dikenali sebagai KTW iaitu Kampung Tanpa Wayar kepada penduduk sekitar. Terdapat 5 KTW di kawasan sekitar Kampung Sungai Samak iaitu di:

1.    Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Samak

2.    Masjid An-Nur Kampung Sungai Samak

3.    Tadika Kampung Sungai Manila 2

4.    Surau Kampung Sungai Manila 2

5.    Surau Hidayatul Hamidiah Kampung Sungai Samak

 

Perkhidmatan lain yang disediakan

 

ü  Menaip

ü  Kelas Computer / ICT (Percuma Untuk Ahli)

 

Profil Ringkas Kampung Sungai Samak

Kampung Sungai Samak terletak di Mukim Hutan Melintang di Daerah Hilir Perak bersempadan dengan Sabak Bernam Selangor. Kampung Sungai Samak adalah di bawah tadbiran Parlimen Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong. Terdapat beberapa buah kampung yang berdekataan dengan Kampung Sungai Samak iaitu Kampung Bagan Lalang, Kampung Sungai Manila 1 & 2 serta Kampung Sungai Bugis. Kegiatan ekonomi penduduk Kampung Sungai Samak dan kampung sekitarnya lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian khususnya tanaman kelapa sawit.

 

Lokasi

Kampung Sungai Samak

UST Area

 

Daerah

Hilir Perak

Negeri

Perak Darul Ridzuan

Populasi

1725 orang ( Anggaran)

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Kelapa Sawit, pokok kelapa, pokok pisang) , IKS

Jumlah Keahlian

(setakat 30 September 2015)

 

88 orang

Lat/Long PI1M

3.786781 , 101.087043

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

1 Julai 2015

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Norsazlin Alina Bt Samudin

Email: norsazlin@celcom1cbc.com

No Telefon: 017 226 8402

 

Penolong Pengurus

Nama: Muhammad Noor Hafizi @ Faizi Bin Muzakir

Email: noorhafizi@celcom1cbc.com

No Telefon: 013-456 5465

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg-sg-samak

Kampung Tanpa Wayar

1.     20 Meter CBC Tower- Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Samak

2.     Pole 12 Meter - Masjid An-Nur Kampung Sungai Samak

3.     Pole 12 Meter -Tadika Kampung Sungai Manila 1

4.     Pole 12 Meter - Surau Kampung Sungai Manila 2

5.     Pole 12 Meter - Surau Hidayatul Hamidiah Kampung Sungai Samak

 

 

 

Fasiliti

Di antara fasiliti yang terdapat di Kampung Sungai Samak ialah masjid, sekolah rendah,sekolah agama rakyat,tabika,klinik desa, padang futsal, bengkel menjahit, pusat sumber, dewan masyarakat,tapak pasar petang serta pusat khidmat masyarakat.