Ekonomi dan Keusahawanan

Ekonomi dan Keusahawan



Penduduk di sekitar Kampung Sungai Samak bergantung sepenuhnya dengan kegiatan pertanian tanaman kelapa sawit. Namun, ada juga penduduk kampung yang membuka perniagaan mereka sendiri serta menjual hasil tanaman yang lain seperti tanaman nanas, tanaman cendawan serta pokok kunyit dan lain2 produk IKS.

Usahawan Kampung Sungai Samak

Wak Ijam Kambing Bakar

Mohamad Hairulnizam Bin Mainon @ Wak Ijam Kambing Bakar adalah salah seorang ahli Pi1M Kg Sg Samak. Berumur 28 tahun merupakan anak kelahiran Kg Sg Manila,Hutan Melintang Perak. Bertaraf pendidikan UPSR, beliau kini bekerja sendiri dengan membuka perniagaan berasaskan penternakan dan juga perkhidmatan penyediaan makanan. Beliau yang lebih dikenali sebagai Wak Ijam telah memulakan perniagaannya pada tahun 2012. Syarikat Wak Ijam telah didaftarkan di bawah nama Mainon Margono Agro Farm.

 

 

 

Sebelum memulakan perniagaan kambing bakar, Wak Ijam telah membantu ayahnya menternak kambing. Selepas menyedari pasaran berasaskan kambing belum banyak dikomersilkan, Wak Ijam telah berjinak-jinak menjual pelbagai produk berasaskan kambing seperti susu segar kambing dan juga menjual daging kambing segar dan sejuk beku untuk tujuan majlis kenduri kahwin atau akikah.

 

Selepas menimba pengalaman daripada kawan-kawan sepersatuan yang telah disertainya, Wak Ijam telah mula mengorak langkah baru dengan menyediakan perkhidmatan kambing bakarnya. Tanpa disangka-sangka, kambing bakarnya telah mendapat respon yang positif daripada pelanggannya dan telah mendapat permintaan yang memberangsangkan daripada penduduk sekitar Perak khususnya.

 

Beliau mempromosikan perniagaannya melalui medium Facebook. Setelah menyedari kewujudan Pusat Internet 1Malaysia, beliau mengambil inisiatif untuk mempromosikan perniagaannya dengan menggunakan lain-lain medium seperti Mudah.my dan juga blog. Beliau telah meminta tunjuk ajar dan panduan tentang cara yang berkesan untuk mempromosikan perniagaan Wak Ijam Kambing Bakar daripada pihak pengurusan Pi1M Kg Sg Samak.

 


 

Beliau berharap pihak pengurusan Pi1M dapat menyediakan lebih banyak kelas insentif kepada pengusaha IKS seperti kelas keusahawanan yang lebih tertumpu dalam membangunkan perniagaan mereka dan mempromosikan perniagaan mereka menggunakan kemudahan internet jalur lebar. Dengan cara itu, taraf ekonomi mereka dapat ditingkatkan dan diperluaskan.


 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan Wak Ijam Kambng Bakar, sila layari Fan Page Facebook beliau iaitu https://www.facebook.com/wakijamglobalfood/?fref=ts

 

 

Puan Asiah Muhammad 

Puan Asiah Muhammad atau lebih dikenali sebagai Cik Esah adalah peniaga sayur-sayuran. Beliau telah memulakan perniagaan sejak tahun 1988 lagi dengan berniaga secara kecil-kecilan bersama suaminya iaitu Encik Selamat.

Pelbagai jenis sayur-sayuran kampung yang dijual oleh Cik Esah seperti sayur meranti, sayur kangkung,pucuk paku dan pelbagai lagi. 

Cik Esah mendapat bekalan sayur-sayuran daripada orang-orang kampung sekitar Kampung Sungai Samak, Bagan Lalang dan juga di sekitar daerah Sabak Bernam. Secara tidak langsung, Cik Esah turut membantu ekonomi penduduk kampung setempat dengan menjadi peraih sayur-sayuran kampung.

Jika dahulu Cik Esah hanya berniaga secara kecil-kecilan, kini Cik Esah telah mula mengembangkan perniagaannya sebagai peniaga di beberapa buah tempat iaitu di Pasar Awam Sabak Bernam ( berniaga pada sebelah pagi) serta beberapa pasar malam di sekitar daerah Hilir Perak iaitu Pasar Petang Ahad Hutan Melintang, Pasar Petang Isnin Simpang 4 serta Pasar Petang Rabu Kg Sg Samak.

Dengan pendapatan kasar 5-6 ribu sebulan, Cik Esah dapat membantu menaikkan taraf ekonomi keluarganya sendiri. Lebih-lebih lagi, kini Encik Selamat tidak mampu bekerja lagi kerana menghadapi masalah kesihatan. 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.