Maklumat Tempatan

Kampung Sungai Samak

Kampung Sungai Samak terletak di Mukim Hutan Melintang di Daerah Hilir Perak bersempadan dengan Sabak Bernam Selangor. Kampung Sungai Samak adalah di bawah tadbiran Parlimen Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong. Terdapat beberapa buah kampung yang berdekataan dengan Kampung Sungai Samak iaitu Kampung Bagan Lalang, Kampung Sungai Manila 1 & 2 serta Kampung Sungai Bugis. Kegiatan ekonomi penduduk Kampung Sungai Samak dan kampung sekitarnya lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian khususnya tanaman kelapa sawit.

Mempunyai taburan penduduk dengan anggaran sejumlah 1725 orang. Terdiri daripada 716 orang lelaki dan 1009 orang perempuan. Pecahan penduduk adalah seperti berikut:

                Melayu : 97%

                India      : 2%

                Cina       : 1%

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.