Pelancongan & Rekreasi


Pelancongan & Rekreasi di Hilir Perak


Daerah Hilir Perak terletak di selatan Negeri Perak Darul Ridzuan bersempadan dengan Sungai Bernam dan Sabak Bernam, Selangor di sebelah selatannya dan Selat Melaka di sebelah Barat. Ia juga bersempadan dengan daerah-daerah Batang Padang di sebelah Timur dan sempadan-sempadan Perak Tengah dan Manjung] di sebelah Utara dan Barat Lautnya. Kerajaan tempatan yang mentadbir di daerah ini ialah Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Antara kawasan pelancongan di daerah Hilir Perak:

         i.          1.  Menara Condong Teluk Intan

       ii.          2.  Bekas Istana Raja Muda

      iii.          3.Batu Bertenggek Perang Dunia Pertama

     iv.           4. Beting Beras Basah, Bagan Datoh

       v.            5.Kawasan kemalangan pertama kereta api di Malaysia

 

Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.

Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.

Menurut satu kajian, tujuan pembinaan menara condong atau juga dikenali sebagai Jam Tinggi adalah seperti berikut:

         i.            -untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan pada musim kemarau

       ii.            -dalam memastikan kemudahan Pengurusan Air British ditingkatkan

      iii.            -untuk bekalan air sekiranya berlaku kebakaran

     iv.            -sebagai penjaga masa


Batu Bertenggek

Batu bertenggek merupakan seketul batu besar , sebesar kereta Kancil yang diletakkan atas binaan lain berhadapan dengan bangunan SKOMK . Batu bertenggek ini merupakan Tugu Peringatan bagi perajurit yang terkorban dalam masa Perang Dunia Kedua

 

Stesen Keretapi Teluk Intan

Stesen kereta api Teluk Intan (Stesen keretapi Teluk Anson) terletak di Teluk Intan, Perak,Malaysia. Landasan kereta api dibina semasa era British di Tanah Melayu. Pelabuhan Teluk Intan di tepi Sungai Perak dihubungkan dengan pekan Tapah Road. Ketika itu ada dua pelabuhan utama di Perak iaitu Pelabuhan teluk intan dan Pelabuhan Teluk kertang di kuala Sungai Larut atau Port Weld.

Stesen kereta api ini tidak digunakan lagi sejak 1991. Pelajar-pelajar dari Sungai Tukang sidin yang bersekolah di Sekolah Menenhgah Kebangsaaan sri Perak pernah menggunakan kereta api ini. Inilah sahaja jalan pengangkutan ke Tukang Sidin ketika itu.

 

Beting Beras Basah

Beting Beras Basah yang terletak di kawasan persisir hujung Sungai Perak Bagan Datoh, Perak berhampiran dengan muara Sungai Perak merupakan kawasan pantai pasir yang kadang-kala timbul dan kadang-kala tenggelam apabila air pasang berlaku. Kawasan ini boleh dilawati melalui jalan darat dengan datang ke kawasan Kampung Sungai Ular Bagan Datoh , perjalanan menggunakan kereta/motorsikal mengambil masa dalam 7 Minit dari pekan Bagan Datoh Ke Beting Beras Basah.

 

Beting Beras Basah dikaitkan dengan Sultan Perak yang pertama telah menjejakkan kaki di sini. Setiap kali pertabalan Sultan Perak, sultan tersebut mestilah menghilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah.

Pada 14 Mei 2015, Istiadat Menziarahi Beting Beras Basah bermula dari Jeti Bagan Datoh.Istiadat ini dilakukan sebagai simbolik adat signifikan tempat pertama Sultan Muzaffar Shah I (Marhum Tanah Abang 1528-1549), Sultan Perak yang pertama, menjejakkan kaki ketika mula sampai di bumi Perak.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.