Berita & Aktiviti Terkini

CELIK ICT BERSAMA TADIKA KEMAS

12 April 2018 | Berita Terkini

Pada tarikh 11 april 2018 Pi1M Kg Sg Buaya telah mengadakan program bersama pelajar Tabika Kemas Bandar Sungai Buaya iaitu Celik ICT dengan memperkenalkan komponen dan fungsi komputer yang sebenarnya. Seramai 23 orang pelajar Tabika Kemas menyertai program yang diadakan dan pihak Pi1M sekaligus membawa mereka melawat ke kawasan dalam Pi1M. Pihak Pi1M menyediakan aktiviti mewarna untuk para pelajar tabika kemas. Program diakhiri dengan penyampaian saguhati dan jamuan makan sedikit.    ... read more

Pertandingan Power Point Slide (MyFamily)

20 March 2018 | Berita Terkini

Pada 11 Mac 2018 telah diadakan Program Hari Terbuka 2018 kali ke-2 diselitkan juga program bulanan untuk para pelajar dan belia untuk menyertai pertandingan Power Point Slide. Tujuannya adalah untuk mendidik para peserta mengenai kepentingan ICT dalam kehidupan belajar sekaligus dapat mempraktikkan ilmu yang bermanfaat ini di masa hadapan. Pihak Pi1M memberi arahan kepada peserta untuk membuat satu pembentangan menggunakan Ms power Point dengan tajuk 'MyFamily' . Dari sini kami dapat lihat bahawa ada segelintir peserta yang masih lagi kurang mengetahui fungsi aplikasi Ms Power Point dan merasakan ia susah untuk mengaplikasikan... read more

Pertandingan Menganyam Ketupat Reben (DEWASA)

20 March 2018 | Berita Terkini

Pada 11 Mac 2018 telah diadakan Hari Terbuka Pi1M kali ke-2 diselitkan juga program bulanan iaitu pertandingan menganyam ketupat reben kategori dewasa. Kali ini kita bawakan orang dewasa untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan pihak Pi1M. Terlihat kemesraan yang terjalin diantara komuniti kampung Sg Buaya dengan pihak Pi1M. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menarik lebih ramai komuniti kampung khususnya orang dewasa dan warga emas untuk turut menyertai aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia sekaligus dapat memberi info terhadap fungsi Pi1M ini. ... read more

Hari Terbuka Pi1M

20 March 2018 | Berita Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Buaya dengan kerjasama penduduk Kampung Sungai Buaya telah menganjurkan Program Hari Terbuka 2018 Kg Sg Buaya di Pi1M Kg Sg Buaya pada 11 Mac 2018. Tujuan program Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan pusat internet 1 malaysia kepada penduduk setempat agar penduduk dapat mengetahui kewujudan pusat internet 1 malaysia ini serta fungsi dan kelebihannya terhadap penduduk setempat dan juga dapat menambah keahlian pi1m ini. Selain itu dapat memberi kesedaran dan bimbingan kepada komuniti mengenai penggunaan internet secara selamat dan memberi tips-tips... read more

Usahawan Tempatan : Nor Afza Binti Awang

20 March 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Nor Afza Binti Awang Umur : 33 Tahun Status : Berkahwin Info maklumat : H/P 017-6381358                     Jenis perniagaan : Makanan dan catering Nama Perniagaan : Gerai Cik Nor   Nor Afza Binti Awang lebih dikenali sebagai Cik Nor mula berniagaan pada tahun 2018 ini dan juga telah mempunyai ramai pelanggan tetap di gerainya. Masakannya yang sedap sehingga memikat hati ramai pelanggan untuk setia membeli di gerai Cik Nor. Kebanyakkan makanan yang dijual adalah makanan berasal dari Kelantan seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Maggie, mee, dan kuew tiaw celup. Selain itu terdapat juga Nasi Ayam... read more

Program Hafazan 3 Qul & Advokasi Mobile E-waste

12 February 2018 | Berita Terkini

Pada 11 Februari 2018 bersamaan hari Ahad telah diadakan Program Hafazan 3 Qul & Advokasi Mobile E-waste di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Sg Buaya bersama- sama dengan komuniti Kampung Sungai Buaya. Program ini bertujuan untuk mengajar teknik hafazan secara mudah serta memahami maksudnya sekali seterusnya untuk menguatkan lagi daya ingatan peserta. Seperti yang kita maklum dengan mengahafaz surah-surah di dalam al-quran membantu kita untuk memahami subjek-subjek yang dipelajari di sekolah dengan lebih mudah lagi. hal ini kerana ilmu itu cahaya, jika hati bersih maka ilmu akan mudah masuk dan... read more

Carrom Competiton

12 February 2018 |

Pada 10 Februari 2018 bersamaan hari Sabtu telah diadakan Pertandingan Carrom di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Sg Buaya bersama- sama dengan komuniti Kampung Sungai Buaya. Kami igin menjadikan pertandingan Carrom ini adalah satu permainan yang sihat untuk penduduk kampung Sg Buaya tidak kira usia. Selain itu program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak Pi1M dan komuniti kampung. Tambahan pula adelah kaedah untuk menark lagi ramai ahli untuk berdaftar menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Kg Sg Buaya. Dengan ini, kami berharap agar penduduk kampung Sg Buaya tetap... read more

Usahawan Tempatan : Rohani Binti Sanusi

01 February 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Rohani Binti Sanusi Umur : 46 Tahun Status : Berkahwin Info maklumat : H/P 017-2748467                     Alamat : No 203 Block 10, Kg Sg Buaya 48010 Rawang Jenis perniagaan : Makanan dan rempah   Rohani Binti Sanusi, seorang suri rumah sepenuh masa tetapi mampu melibatkan diri dengan badan sukarelawan. Beliau merupakan setiausaha untuk badan sukarelawan jagaan warga emas di Kg Sg Buaya. Selain itu, beliau juga merupakan setiausaha parti politik. Beliau sangat aktif dan cergas melaksanakan semua tugasan beliau tanpa sebarang alasan. Disebabkan beliau hanya melibatkan diri dengan badan- badan bukan kerajaan maka beliau... read more

Pertandingan Teka-Teki Peribahasa

27 January 2018 | Berita Terkini

Pada 21 Januari 2018 bersamaan hari Ahad telah diadakan pertandingan Teka-Teki Peribahasa. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk melatih peserta untuk membiasakan diri dengan peribahasa yang selalu digunai, selain itu, melatih daya ingatan menerusi pertandingan yang diadakan. Tambahan pula pelajaran yang berunsurkan permainan atau pertandingan seperti ini dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari peribahasa dengan lebih mudah. Pertandingan seperti ini sangat bagus diadakan, hal ini kerana peserta dapat mengingati dan membiasakan diri dengan penggunaan peribahasa yang dipelajari di sekolah. Juga dapat mendidik para peserta tentang keutamaan Bahasa Melayu ini bukan sahaja pada... read more

Celik IT : Zulkifli Bin Rusdi

26 January 2018 | Berita Terkini

Nama  : Zulkifli Bin Rusdi Umur   : 53 Tahun Zulkifli bin Rusdi  merupakan penduduk di kawasan Bandar Sungai Buaya. Menetap di No 23, Jalan Kantasari 1 Bandar Sungai Buaya, 48010 Rawang, Selangor. Beliau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Sg Buaya pada 19 Julai 2017. Menurutnya, penggunaan ICT dalam kehidupan beliau sangat memberi manfaat. Hal ini kerana beliau bekerja sendiri. Hampir 80% tugasan beliau perlu penggunaan ICT. Dengan mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Sungai Buaya, beliau kini sudah berjaya menambah ilmu yang lebih... read more

lagi berita & aktiviti