Berita & Aktiviti Terkini
KUIZ KLIK DENGAN BIJAK (KDB) JUN 2022
28 June 2022 | Berita Terkini25 JUN 2022 – PEDi Kg Tambalang telah mengadakan Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB) Jun 2022 secara online pada 25 Jun 2022. Seperti biasa, inisiatif ini diambil adalah untuk kekal berhubung dengan komuniti dan menarik perhatian mereka untuk terus mengikuti ‘posting’ akaun facebook PEDi Kg. Tambalang dari semasa ke semasa. Para peserta diminta untuk menjawab soalan KDB pada link google-form yang diberikan. Pemenang dipilih berdasarkan peratusan markah tertinggi dan pantas. Sebanyak 16 penyertaan telah diterima, dan 1 orang pemenang telah dipilih berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan oleh penganjur. Secara keseluruhan aktiviti dalam talian ini berjalan dengan lancar dan diharapkan... read more
KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q2 2022 : NUR KHAYYIRAH BINTI KASMEI
26 June 2022 | Kisah KejayaanAdik Nur Khayyirah merupakan pelajar tahun 2 SK Laya-Laya Tuaran. Beliau telah mendaftar menjadi ahli PEDi sejak tahun 2020 di Pekan Putera Jaya, akan tetapi oleh kerana tempat tinggal berhampiran dengan PEDi Kampung Tambalang, maka adik Nur Khayyirah sering ke PEDi Kampung Tambalang. Sebelum ini, adik Nur Khayyirah tidak tahu menggunakan papan kekunci dan juga tetikus. Beliau hanya mengenali ICT melalui penggunaan telefon pintar. Akan tetapi, sewaktu BDR (Belajar Dari Rumah) ketika Pandemik Covid-19, adik Nur Khayyirah sering menggunakan perkhidmatan Printer dan komputer di PEDi untuk membuat kerja sekolah. Kini adik Nur... read more
PROFIL USAHAWAN Q2 2022 : NUR ANISYA NAJWA BINTI RAZUAN
26 June 2022 | Profil Usahawan TempatanJenis Perniagaan : Menjual Makanan Nama Perniagaan : DeeChoqo Nama Pemilik: Nur Anisya Najwa Binti Razuan Nur Anisya Najwa Binti Razuan merupakan seorang usahawan muda yang menjalankan perniagaan menjual produk DeeChoco secara offline dan online. Minat beliau dalam bidang perniagaan telah mendorongnya untuk menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah walaupun masih bergelar pelajar sekolah. Pada mulanya, beliau mula menjalankan perniagaan dengan menjual kepada rakan sekolah dan ahli keluarga sahaja. Antara inisiatif yang diambil untuk memajukan perniagaan beliau adalah dengan mulai mempromosikan jualan secara online. Di samping itu, beliau juga memanfaatkan fungsi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia... read more
PROFIL USAHAWAN Q2 2022 : NURFAEZAH LIAMIN
22 June 2022 | Profil Usahawan TempatanJenis Perniagaan : Menjual Pakaian & Produk Kecantikan Nama Perniagaan : Kakamora Shop Nama Pemilik: Puan Nurfaezah Liamin Puan Nurfaezah Liamin merupakan seorang usahawan muda yang menjalankan perniagaan menjual pakaian dan produk kecantikan dalam talian. Minat beliau dalam bidang perniagaan telah mendorongnya untuk menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah bermula pada tahun 2018. Dalam tempoh tersebut, beliau mula menjalankan perniagaan dengan menjual kepada rakan sekerja sahaja. Antara inisiatif yang diambil untuk memajukan perniagaan beliau adalah dengan mengikuti kursus keusahawanan yang dijalankan pelbagai agensi. Di samping itu, beliau juga memanfaatkan fungsi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dengan... read more
KUIZ ICT JUN 2022 - PEDi KG. TAMBALANG
14 June 2022 | Berita Terkini14 JUN 2022 – PEDi Kg Tambalang telah mengadakan Kuiz ICT Mac 2022 secara online pada 14 Jun 2022. Seperti biasa, inisiatif ini diambil adalah untuk kekal berhubung dengan komuniti dan menarik perhatian mereka untuk terus mengikuti ‘posting’ akaun facebook PEDi Kg. Tambalang dari semasa ke semasa. Kali ini, peserta diminta untuk menjawab soalan ICT pada link google-form yang diberikan. Pemenang dipilih berdasarkan peratusan markah tertinggi dan pantas. Sebanyak 6 penyertaan telah diterima, dan 1 orang pemenang telah dipilih berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan oleh penganjur. Secara keseluruhan aktiviti dalam talian ini berjalan dengan... read more