Berita Terkini

Program PUPUK

28 May 2022 |

Pada 18 Mei yang lalu, pihak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Tamu Darat telah terlibat di dalam sebuah webinar anjuran MDEC. Webinar yang dianjurkan melalui Zoom Meeting ini bertujuan memberi pendedahan kepada pihak PEDi mengenai platform yang boleh digunakan bagi membantu menjana ekonomi masyarakat setempat. Webinar ini turut memberi pendedahan kepada platform yang baru dilancarkan akhir March lalu, iaitu Warongku 2.0 serta WarongMall. ... read more

Ceria Raya

28 April 2022 |

  Program Ceria Raya bersama komuniti cilik di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Tamu Darat telah diadakan pada 26 April yang lalu. Aktiviti program termasuklah pertandingan membuat kad ucapan Aidilfitri menggunakan MS Word. Peserta merupakan komuniti cilik yang aktif mengikuti kelas ICT, mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang telah mereka pelajari ketika pertandingan ini berlangsung.     Pemenang bagi pertandingan ini telah menerima hadiah berupa wang tunai. Hasil karya peserta turut dipamerkan di PEDi Kg Tamu Darat. ... read more

Clean & Tidy Bersama Komuniti Cilik

08 April 2022 |

Aktiviti Clean And Tidy ini disertai oleh beberapa komuniti cilik yang sangat aktif dalam mengikuti kelas ICT yang diadakan di PEDi. Makanan ringan disediakan buat mereka yang sudah bertungkus-lumus membersihkan setiap sudut ruangan PEDi Kg.Tamu Darat. Aktiviti seperti ini sangat bermanfaat buat komuniti untuk memupuk semangat kerjasama dan sikap sentiasa menitik beratkan niali kebersihan di suatu kawasan. ... read more

KDB Talk:Bersama Tenaga Pengajar SK. Podos

22 March 2022 |

Pada 22 Mac 2022, kumpulan tenaga pengajar dari SK. Podos mengadakan mesyuarat bersama Guru Besar dan telah memilih PEDi sebagai lokasi untuk mesyuarat. Dalam kesempatan ini, staff PEDi menggambil peluang untuk berkongsi beberapa tips mengenai etika dalam melayari internet. Kebelakangan ini pelaku scammer sering mensasarkan para penjawat awam sebagai mangsa penipuan dan pemerasan scammer. Staff PEDi menjelaskan tips bagaimana untuk mengesan pelaku scammer pada saat kita menerima panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali. Selain itu staff PEDi juga memperkenalkan pengenalan tentang PEDi serta fungsi dan perkhidmatan yang disediakan. ... read more

Jenga: Hand-Eye Coordination Game

28 March 2022 |

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Tamu Darat telah menganjurkan satu aktiviti berbentuk permainan iaitu Jenga. Aktiviti ini telah disertai oleh 5 orang peserta yang merupakan ahli PEDi Kg Tamu Darat. Aktiviti ini membantu para peserta meningkatkan daya pemikiran kritikal serta membantu melatih koordinasi mata dan tangan peserta kerana peserta perlu memberikan fokus secara penuh ketika aktiviti berlangsung. Ketika aktiviti berlangsung, semua peserta dikehendaki mematuhi SOP dengan cara memakai pelitup separuh muka, serta menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer). ... read more

DIY Origami Set Based On Youtube

10 February 2022 |

Aktiviti santai untuk sahabat PEDi dari golongan sekolah rendah. Pertandingan menyusun gelas kertas sebelum aktiviti seterusnya iaitu membina origami set berdasarkan youtube.   ... read more

Kursus Latihan Pengendali Makanan

24 February 2022 |

Pada 15 Februari yang lalu, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Tamu Darat, dengan kerjasama NZ Bunga Venture Training & Consultant, telah menganjurkan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang diadakan secara dalam talian. Seramai 4 orang peserta telah menyertai kursus bagi siri ini. Kursus ini dapat membantu peserta memahami cara pengendalian makanan yang betul. ... read more

Kuiz Keselamatan Internet

27 January 2022 |

Pihak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Tamu Darat telah mengadakan Kuiz Keselamatan Internet melalui medium Google Form sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid 19. Kuiz ini telah disertai oleh 16 orang peserta, dan tiga orang peserta dengan markah tertinggi serta penyertaan terawal telah menerima hadiah berupa hamper dari pihak PEDi. Kuiz ini diadakan bertujuan untuk membantu orang ramai meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan data peribadi semasa melayari internet.    ... read more

Pertandingan DIY Tanglung

20 January 2022 |

Pertandingan sempena perayaan Tahun Baru Cina ini masih melibatkan TABIKA KEMAS Kg.Lingkubang sebagai peserta sepenuhnya. Para peserta diberikan makluman tentang syarat dan hadiah pertandingan melalui Group Whatsapp Ibu Bapa TABIKA KEMAS Kg.Lingkubang. Objektif bagi pertandingan ini adalah bagi mengasah bakat si cilik dari segi kreativiti dan kegigihan.    ... read more

Kursus Latihan Pengendalian makanan

23 January 2022 |

Kali ini PEDi Kg Tamu Darat berpeluang menjadi tuan rumah bagi Kursus Latihan Pengendalian makanan dan terbuka kepada semua komuniti sekitar N11 Kadamian Kota Belud. Seramai 12 orang peserta sudah mengikuti kursus kali ini dan diharapkan agar ada susulan kursus seperti ini agar para peserta yang lain berkesempatan mengikuti untuk menfaat bersama. ... read more