Pertandingan Mewarna sempena Hari Natal 2021

27 December 2021 |

15 Disember yang lalu telah menyaksikan satu pertandingan mewarna kanak-kanak kategori 6 hingga 8 tahun dianjurkan oleh pihak PEDi Kg. Tamu Darat, Kota Belud. Pertandingan yang bertemakan Hari Natal dan Keluarga Malaysia ini menawarkan 3 buah hamper sebagai hadiah. Peserta yang menyertai pertandingan ini dikehendaki mewarnakan lukisan tersebut di kediaman masing-masing. Pendekatan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Pertandingan ini diadakan untuk membantu peserta meningkatkan kreativiti serta mewujudkan daya saing dalam diri mereka. Seorang pemenang bagi setiap kategori telah dipilih sebagai peserta terbaik. Hasil karya peserta telah dipamerkan di laman Facebook Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tamu Darat.