Mengenai Pusat Internet

PENGENALAN

Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan salah satu projek kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Di mana, projek ini dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad hasil kerjasama dengan NuSuara Technologies Sendirian Berhad di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Matlamat utama daripada projek ini adalah memberi perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan khususnya yang berada di kawasan luar bandar dan secara langsung memberi pendedahan terhadap teknologi jalur lebar dalam kalangan masyarakat luar bandar. Selain daripada itu, objektif utama daripad pelaksanaan ini adalah:

1. Menyediakan capaian komunikasi kepada kumpulan & individu di kawasan kurang liputan

2. Meningkatkan penggunaan ICT di kalangan komuniti ke arah pembangunan sosio ekonomi masyarakat setempat.

3. Merapatkan jurang digital diantara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.


PUSAT INTERNET KOMUNITI KG TAMU DARAT (PIK)

PIK Kg Tamu Darat ini telah beroperasi sejak 17 Disember 2015 yang terletak kira-kira 12km dari Pekan Kota Belud dan 6km dari Pekan Tamu Taginambur. PIK ini merupakan salah satu pusat internet yang diwujudkan di kawasan luar bandar di bawah inisiatif Jalur Lebar Negara. Perkhidmatan yang disediakan oleh PIK Kg Tamu Darat ini bukan sahaja dirasai oleh penduduk setempat namun turun memberi impak yang positif terutamanya di kawasan sekitar seperti Kg. Rajunah, Kg. Gaur, Kg. Ratau dan Kg. Taginambur. 

    Antara perkhidmatan yang disediakan oleh PIK Kg Tamu Darat ini ialah komputer dengan internet jalur lebar berkelajuan tinggi serta perkhidmatan wi-fi percuma bagi penduduk sekitar Kg. Tamu Darat. Dengan hanya mendaftar sebagai ahli PI sebanyak RM 5 sahaja sekali seumur hidup, penduduk setempat dapat merasai  perkhidmatan yang disediakan dengan percuma dan dengan harga yang berpatutan. Antara perkhidmatan yang disediakan bagi pengguna mahupun ahli PIK ini ialah perkhidmatan melayari internet, mencetak, mengimbas, laminasi dan sebagainya dengan harga yang berpatutan dan selamat. 

    Selain daripada itu, kami juga membantu masyarakat dari segi memperluaskan pengetahuan terutamanya dalam penggunaan IT dan keusahawanan bagi mencapai taraf hidup mengikut perkembangan semasa. Perlaksanaan ini dilakukan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan mengikut peringkat umur dan setaraf dengan keperluan semasa. 

Ketahui perkembangan kami dari semasa ke semasa melalui portal PI Kg Tamu Darat (https://www.celcom1cbc.com/kg-tamu-darat) dan facebook (Pim Tamu Darat) serta Facebook page (Pusat Internet Kg. Tamu Darat, Kota Belud).

Pihak kami sangat berbesar hati dengan galakkan dan sokongan yang diberikan oleh masyarakat setempat.