Pelancongan & Rekreasi

Pelancongan & rekreasi

Kesibukan di bandar dan kesibukan kerja mampu memberi risiko yang kurang sihat terhadap perkembangan tahap kesihatan bagi kita semua, Oleh itu, merehatkan diri dengan mengunjungi pelbagai tempat- tempat yang menarik dapat memberi perubahan yang positif dalam menangani segala tekanan kerja dan kesibukan bandar. Di Kota Belud, terdapat banyak tempat-tempat yang menarik yang boleh dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat tidak kira orang tempatan mahupun orang  di luar negara.   


Kota Belud merupakan sebuah kota yang mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi yang pastinya tidak memberi kekecewaan kepada para pengunjung. dengan kemudahan fasiliti yang cukup baik dapat memberi keselesaan ketika bersama. 

 

Antara pusat pelancongan yang menjadi tarikan utama ketika berada di kota belud ialah Rest House Kg. Tambatuon, Homestay Taginambur Jaya, Pelancongan kg Rajunah, Eko Pelancongan Tagal Kg. Lingkibang, Tamu Taginambur dan banyak lagi kawasan–kawasan terutamanya kawasan sungai yang menjadi tarikan para pengunjung untuk datang ke Kota Belud. 

 

1. REST HOUSE KG. TAMBATUON

Tempat ini amatlah sesuai dijadikan tempat seisi keluarga yang ingin meluangkan masa bersama-sama dengan aman dan tanpa gangguan daripada kesibukan di bandar. hal ini kerana kedudukannya yang berada di kampung yang mempunyai keindahan yang tersendiri yang mampu mewujudkan ketenangan dan ketenteraman di saat bercuti bersama yang tersayang.  

antara kemudahan yang disediakan ialah rumah penginapan dan dalam rumah penginapan tersebut tersedia dapur. Oleh itu, para pengunjung atau pelancong yang datang mempunyai kebebasan untuk memasak dan mempelajari masakan-masakan tradisional yang ada di sabah. Disamping itu, terdapat bilik tidur (single & Queen), bilik mandi yang banyak dan pondok rehat. bagi pengunjung atau pelancong yang ingin melakukan aktiviti bbQ, mereka boleh menggunakan kemudahan yang disediakan daripada perkhidmatan yang diberikan di pondok rehat. Segala peralatan dan keperluan yang disediakan adalah dijamin halal bagi yang beragama muslim. Selain itu, homestay ini mempunyai beranda atau balcony di mana pengunjung dapat menikmati keindahan pemandangan tepi sungai dan gunung kinabalu. Bagi pengunjung yang suka akan aktiviti lasak seperti jungle tracking, camping dan sport, homestay ini juga menyediakan tempat bagi pengunjung untuk mencabar minat mereka.  

 

2. HOMESTAY TAGINAMBUR JAYA

Antara kemudahan yang disediakan adalah, bilik penginapan, ruang keluarga, tempat bbQ, kawasan tempat letak kereta yang luas, jauh daripada kesibukan bandar, pemandangan yang indah dan banyak lagi. Jarak sungai kedamaian daripada homestay taginambur ini ialah lebih kurang 200 meter sahaja.  

3. PELANCONGAN KG RAJUNAH

Pelancongan kg rajunah ini biasanya dikunjungi oleh pengunjung yang ingin bermandi manda di sungai dan menjadi tempat persinggahan untuk berehat. Dengan keadaan suasana yang cukup nyaman dan berangin mampu memberikan ketenangan kepada para pengunjung yang penat. Disebabkan tempat ini hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan, kemudahan yang disediakan adalah cukup terhad, antaranya ialah pondok kecil dan tandas awam sahaja. Walau bagaimanapun, tempat ini sesuai dijadikan tempat persinggahan untuk menikmati pemandangan Gunung Kinabalu, Sungai dan sawa padi.  

4. EKO PELANCONGAN TAGAL KG. LINGKUBANG

Pelancongan Tagal kg. Lingkubang ini merupakan usaha daripada pihak Pengurusan Tagal Kg. Lingkubang bagi mewujudakn suatu tempat yang mampu menjadi tarikan kepada orang ramai disamping memelihara dan mengekalkan eko sistem yang terdapat di kawasan sungai Tagal. Terdapat pelbagai tarikan yang boleh dilihat dan dirasai oleh setiap pengunjung iaitu, keindahan kawasan sungai tagal, keadaan air sungai tagal yang cukup jernih dan bersih dan ikan-ikan sungai yang sangat jinak. 

                Pelbagai kemudahan telah disediakan bagi setiap pengunjung yang datang seperti kedai runcit dan tempat berteduh yang dipanggil sebagai “sulap” oleh orang tempatan. Selain daripada itu, istimewanya tempat ini adalah spa ikannya yang sangat semula jadi. Inilah tarikan utama bagi tempat ini. Spa ikan yang telah menarik pengunjung di sungai ini dibuka pada bulan May 2015 lagi. Malah tempat ini juga telah menjadi antara tempat perhentian bagi rancangan realiti antarabangsa “Amazing Race 24”.  

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.