Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke Pusat Internet Lain
Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg. Tamu Darat ini telah mula beroperasi sejak 17 Disember 2015 yang terletak kira-kira 12km dari Pekan Kota Belud dan 6km dari Pekan Tamu Taginambur. Pusat ini merupakan salah satu pusat internet yang diwujudkan di kawasan luar bandar di bawah inisiatif Jalur Lebar Negara. Perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Tamu Darat ini bukan sahaja dirasai oleh penduduk setempat namun turun memberi impak yang besar terhadap kebaikan pusat internet ini di kawasan sekitar seperti kg. Rajunah, kg. Gaur, Kg. Ratau dan Kg. Taginambur.

Setiap penduduk yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan, kelebihan dan aktiviti terkini yang disediakan oleh Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Tamu Darat boleh terus berkunjung ke Pusat Internet kami atau melalui laman web kami yang boleh dirujuk di portal ini. 
Hadapi Masalah? Rujuk Panduan