Berita & Aktiviti Terkini

Bengkel Masakan Barat

16 March 2017 | Berita Terkini

Pada 9hb. 03. 2017 Pi1M kg Tenambak bersama gabungan Pi1M Bundu, Pi1M Pekan Kula Penyu dan Pi1M Menumbok telah mengadakan Bengkel Masakan Barat bersama komuniti sekitar di Pi1M Pekan Kuala Penyu. Program bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir sekitar 4.30 petang. Menu yang disediakan adalah Spagetti Bolognese, Cheese Wages dan beef slider. Sebelum memulakan bengkel pihak Pi1M juga sempat membuat sedikit taklimat Klik Dengan Bijak kepada mereka yang hadir. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi ruang dan peluang kepada komuniti dalam mempelbagaikan menu hidangan  bersama keluarga dan sekali gus dapat... read more

KDB Bersama Tabika KEMAS Kg. Bundu

07 March 2017 | Berita Terkini

7 Mac 2017 – Program Jelajah ICT bersama Tabika Kg. Bundu telah dijalankan pada 7 Mac 2017 berjalan dengan lancar melibatkan Pi1M Kg. Bundu, Pi1M Pekan Kuala Penyu, Pi1M Kg. Tenambak dan juga Pi1M Pekan Menumbok. Objektif utama program adalah untuk merapatkan hubungan antara pihak Pi1M dengan organisasi luar dan masyarakat setempat, selain menyampaikan mesej KDB dan mempromosikan Pi1M. Antara pengisian yang dijalankan pada program tersebut adalah seperti pengenalan computer dan permainan-permainan yang menguji kemahiran kanak-kanak. ... read more

Bengkel Asas Kecantikan Produk La'Soul

19 February 2017 | Berita Terkini

Pada 4 Februari 2017, Pi1M Kg Tenambak bersama dengan Pi1M Pekan Kuala Penyu, Pi1M Pekan Menumbok dan Pi1M Kg Bundu telah mengadakan program bengkel kecantikan bersama dengan beberapa orang konsultan daripada produk kecantikan dan kesihatan La’Soul. Program ini telah bermula pada pukul 8 pagi dengan kehadiran seramai 14 orang perserta dan diadakan di Pi1M Pekan Kuala Penyu. Antara pengisian pertama yang telah dijalankan adalah pengenalan mengenai produk La’Soul ini. Para konsultan menerangkan serba sedikit mengenai produk-produk yang terdapat di bawah jenama ini selain menerangkan kebaikan serta manfaat produk ini. Beberapa testimoni... read more

Profail usahawan februari 2017

18 February 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Pengusaha             : Tuming Baki Umur                                  : 35 Tahun Alamat Perniagaan          : Kg Tenambak , Kuala Penyu Perincian Perniagaan      : Membaiki telefon bimbit dan komputer (sambilan) Beliau satu-satunya penduduk Kg. Tenambak yang menjalankan perkhidmatan membaiki telefon bimbit dan komputer secara sambilan dirumah. Menurutnya, dengan adanya Pi1M dan KTW adalah lebih mudah beliau dalam menjalankan perniagaan secara on-line, terutamanya dalam mempromosikan perkhidmatan yang beliau berikan.      ... read more

Sambutan CNY 2017

17 February 2017 | Berita Terkini

9 Febuari 2016 – Acara sambutan Tahun Baru Cina 2017 telah disambut dengan sedarhana namun meriah dengan sambutan yang mengalakkan daripada komuniti setempat pada khamis lepas. Sambutan kali ini dijalankan di Pi1M Pekan Menumbok, dengan kerjasama daripada Pi1M Pekan Kuala Penyu, Pi1M Kg. Bundu dan Pi1M Kg. Tenambak. Antara acara yang telah dijalankan pada majlis tersebut adalah pertandingan melukis@KDB bagi kanak-kanak sekolah rendah dan pertandingan membuat tanglung bagi golongan dewasa. Objektif utama program adalah untuk merapatkan hubungan antara kakitangan Pi1M dengan komuniti setempat, selain ianya juga bertujuan untuk mempromosikan Pi1M kepada masyarakat... read more

Celik IT Q1' 2017

16 February 2017 | Kisah Kejayaan

NAMA P1IM       : KG.TENAMBAK KUALA PENYU   LOKASI                 : KUALA PENYU,SABAH   NAMA                 : AZZEM MUAZZAM BIN TUMING   BUTIRAN DIRI    : 8 TAHUN, SEKOLAH DI SK TENAMBAK KUALA PENYU   KISAH KEJAYAAN: “saya seorang pelajar sekolah rendah di SK Tenambak. Saya berusia 8 tahun. Kebaikan Pusat Internet 1 Malaysia sangat banyak kepada saya. Lebih – lebih lagi saya seorang pelajar, memang sangat memerlukan internet di masa kini. Dengan adanya Pi1M kg Tenambak ini , saya rasa sangat bersyukur kerana lebih memudahkan saya serta kawan-kawan untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mahir. Dengan kos hanya RM5.00 seumur hidup. Saya tidak... read more

Pertandingan Melukis@ KDB Sekolah Rendah

31 January 2017 | Berita Terkini

26 Januari 2016 – Pi1M Kg. Tenambak telah mengadakan pertandingan melukis bagi pelajar sekolah rendah, berikutan cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina 2017. Pertandingan dijalankan dalam 2 bahagian iaitu bagi tahap 1, Tahun1 – 3 dan tahap 2 bagi pelajar tahun 3 -6. Objektif utama program ini diadakaan adalah untuk menilai kreativiti pelajar dalam aktiviti yang telah dijalankan oleh Pi1M. Selain merapatkan hubungan antara pelajar-pelajar ini dengan Pi1M melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan. ... read more

Masyuarat Bersama Badan-Badan NGO Kg. Tenambak

19 January 2017 | Berita Terkini

15 Januari 2017 – Masyuarat bil.1 bersama badan-badan Kg. tenambak telah dijalankan pada ahad bagi merancang pelbagai aktiviti yang akan dijalankan di Kg. Tenambak sepenjang tahun 2017 dan perancangan pembangunan. Masyuarat melibatkan AJK JKKK, KRT, KOSPEN, Pi1M, Komuniti 1 Malaysia, GDW, USIA Cawangan Kg. Tenambak dan juga Pertubuhan Peladang Kg. Tenambak. Masyuarat rutin tahunan ini adalah merancang pelbagai aktiviti-aktiviti dari beberapa badan yang terdapat di Kg. Tenambak bagi mengelak daripada pertindihan tarikh bagi aktiviti yang akan dijalankan kelak. Program yang dijalankan biasanya akan melibatkan kesemua badan, yang mana ini dilihat salah satu... read more

Profail Usahawan Tempatan

18 January 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Pengusaha             : Rashidi Basman Nama Perniagaan            : Arash Qaseh Katering Umur                                : 36 Tahun Alamat Perniagaan          : Kg Tenambak , Kuala Penyu Perincian Perniagaan      : Katering Beliau menjalankan perniagaan catering sekitar Kuala Penyu, Beaurort dan WP Labuan. Beliau giat menjalankan promosikan perniagaan secara dalam talian, facebook & Whatapps. ... read more

Program Asas Solekan

10 January 2017 | Berita Terkini

05/ 01/ 2017 Program Asas Solekan Gabungan 4 Pusat Internet iaitu Pi1M kg Bundu, Pi1M kg Menumbok, Pi1M Pekan Kuala Penyu dan Pi1M kg Tenambak, Program diadakan di Pi1M kg Bundu. Program bertujuan untuk membuka satu peluang kemahiran kepada komuniti sekitar yang berminat dalam bidang dandanan. Seramai 16 orang peserta mengikut kursus ini.          Kursus bermula sekitar jam 2 petang, guru solek yang mengajar kami iaitu Pn Laura Harry memulakan make up look yang pertama iaitu, simple day make up (solekan siang hari) bagi peserta yang tidak memakai tudung. Dandanan rambut... read more

lagi berita & aktiviti