Berita & Aktiviti Terkini

Usahawan : Dennis Rumalin

08 November 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Dennis Rumalin merupakan salah seorang penduduk jati kampung Tingkalanon. Penglibatan beliau dalam PI1M Kg Tingkalanon adalah sebagai ahli PI1M dan setiausaha persatuan PI1M Kg. Tingkalanon. Dalam masa yang sama, beliau juga bertanggungjawab sebagai setiausaha kepada persatuan belia kampung Tingkalanon. Keterlibatan Dennis dalam bidang keusahawanan adalah melalui perkhidmatan UBER yang meliputi sehingga ke Kota Kinabalu. Selain itu, Dennis juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta sekitar Kota Marudu secara sepenuh masa. Di pihak PI1M, promosi berterusan akan terus diberikan kepada perkhidmatan yang telah disediakan oleh Dennis Rumalin. Syabas dan tahniah. ... read more

Usahawan : Ahmad Rusli Sait

08 November 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Saudara Ahmad Rusli Sait merupakan salah seorang komuniti yang berada dalam klustering Kota Marudu. Beliau merupakan seorang graduan cemerlang yang menerima anugerah pingat emas pada majlis konvoksyen Politeknik Kota Kinabalu tahun 2014. Meskipun mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang sejak zaman sekolah menengah, Ahmad Rusli mempunyai jiwa usahawan yang tinggi. Selepas tamat pengajian, beliau bekerja di syarikat pembekalan peralatan perubatan selama setahun. Kemudian beliau kembalik ke kampung dan mengusahakan ladang sawit dan ternakan lembu. Dalam tempoh 2016 sehingga 2017, Ahmad Rusli berjaya mengembangkan cabang perusahaan beliau dengan penambahan jumlah ternakan daripada 20 ekor... read more

Khidmat Komuniti : Riadah dan Pemeriksaan Kesihatan

07 November 2017 |

05 Nov 2017 - AHAD. Pihak KOSPEN bersama-sama dengan PI1M kg. Tingkalanon telah menganjurkan program kesihatan untuk komuniti kg. Tingkalanon. Program ini bermula seawal jam 07.00am dan berakhir pada jam 12.00pm. Program dimulakan dengan aktiviti berjalan kaki sejauh 10 kilometer yang diketuai oleh pengerusi JKKK. Kemudia disusuli dengan pemeriksaan kesihatan kepada komuniti yang hadir. Kemuncak program adalah acara senamaroebik bersama wakil pemimpin yang turut sama menyertai program kesihatan. Syabas dan tahniah kepada komuniti yang terlibat. ... read more

Bengkel Memproses Mee Basah Bersama KEMAS

07 November 2017 | Berita Terkini

Pada 11 Nov 2017 – Sabtu. PI1M Tingkalanon telah menganjurkan kursus pembuat mi. Kursus ini berlangsung selama dua jam dan bertempat di PI1M Tingkalanon. Tenaga pengajar yang membantu mengendalikan kursus ini merupakan tenaga pengajar dari jabatan KEMAS iaitu puan Masniah Anika. Beliau merupakan jurulatih kemahiran yang bertauliah dan berpengalaman mengendalikan kursus seumpama ini lebih daripada tiga tahun. Kursus bermula pada jam 0900am. Seramai 20 orang komuniti Kampung Tandek Laut telah berdaftar mengikuti kursus ini. Tenaga pengajar berkongsi proses menghasilkan mi termasuk berkongsi bahan-bahan yang digunakan. Kesemua peserta berpeluang menghasilkan mee sendiri menggunakan adunan yang telah dikongsikan oleh Puan Masniah.... read more

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

07 November 2017 |

Pada 03 Nov 2017 – JUMAAT. Bersempena peperiksaan online SPA8 bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 PI1M Kg. Tingkalanon telah membuka ‘Bilik Latihan’ kepada calon yang menduduki peperiksaan tersebut. Seramai empat orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut yang bermula pada jam 8.00 PM hingga 9.40 PM. Peperiksaan online tersebut berjalan lancar tanpa sebarang gangguan teknikal dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada calon yang menggunakan perkhidmatan PI1M. Syabas dan selamat berjaya kepada semua calon yang terlibat. On Nov 03, 2017 - WEDNESDAY . In conjunction SPA8 online exam for the position of Administrative and Diplomatic Officer M41... read more

Perlawanan Bola Sepak Terbuka Belia Tandek - Klustering Kota Marudu

26 October 2017 |

Pada 19.10.2017 - KHAMIS. Pi1M Klustering Kota Marudu telah menganjurkan perlawanan bola sepak terbuka. Perlawanan ini telah disertai oleh belia-belia yang berada dalam lingkungan mukim Tandek. Acara telah berlangsung bermula jam 09.00am dan berakhir secara keseluruhan pada jam 04.00pm. Perlawanan ini telah menghimpunkan sebanyak 4 pasukan dan dihadiri kira-kira 60 orang komuniti termasuk penonton. Syabas dan tahniah kepada komuniti yang telah terlibat. ... read more

Hari Keluarga Wanita Klustering Kota Marudu

26 October 2017 |

Pada 21.10.2017 - SABTU. PI1M Kota Marudu (Tandek dan Tingkalanon) telah bekerjasama bersama-sama Persatuan Ibu & Wanita Kg Tandek Laut untuk menganjurkan program Hari Keluarga. Program ini bertujuan untuk meraihkan  golongan wanita yang merupakan antara penyumbang utama kepada peningkatan sektor ekonomi masyarakat setempat. Program berlangsung bermula pada pukul 8.00am dan berakhir pada pukul 5.00pm. Pelbagai acara selingan telah diadakan antaranya sukaneka. Syabas dan tahniah kepada semua komuiti yang telah terlibat. ... read more

Spelling Bee II

25 October 2017 | Info Teknikal

14.10.17(Sabtu)- PI1M Kg tingkalanon telah mengadakan satu pertandingan mengeja dalam bahasa Inggeris. Tujuan Program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada setiap peserta apakah ejaan yang betul bagi satu satu perkataan Bahasa Inggeris. Sebenarnya PI1M Kg. Tingkalanon telah pernah mengadakan pertandingan seperti ini pada bulan April yang lalu dan program kali ini merupakan kesinambungan daripada program ini. Penyertaan program ini adalah amat memberangsangkan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah rendah. setiap pemenang diberikan Hadiah berupa Wang tunai. Pihak PI1M Kg. Tingkalanon mengharapkan agar, bukan hadiah semata-mata yang dilihat oleh para peserta namun... read more

PERLAWANAN BOLA TAMPAR BELIAWANIS KLUSTERING KOTA MARUDU

13 October 2017 |

Pada 15 Okt 2017 - AHAD. PI1M Klustering Kota Marudu telah menganjurkan perlawanan bola tampar kategori belia. Program ini bermula pada pukul 2pm dan dijangka berakhir pada pukul 5pm. Sehingga 13 Okt 2017, sebanyak 4 penyertaan telah disahkan akan menyertai perlawanan ini yang melibatkan kampung-kampung sekitar mukim Tandek. Syabas dan tahniah kepada belia dan beliawanis yang terlibat menjayakan program berbentuk riadah ini. ... read more

PERLAWANAN BOLA TAMPAR BELIA KLUSTERING KOTA MARUDU

13 October 2017 | Berita Terkini

Pada 18 Okt 2017 - RABU. PI1M Klustering Kota Marudu telah menganjurkan perlawanan bola tampar kategori belia. Program ini bermula pada pukul 2pm dan dijangka berakhir pada pukul 5pm. Sehingga 13 Okt 2017, sebanyak 6 penyertaan telah disahkan akan menyertai perlawanan ini yang melibatkan kampung-kampung sekitar mukim Tandek. Syabas dan tahniah kepada belia-belia yang terlibat menjayakan program berbentuk riadah ini. ... read more

lagi berita & aktiviti