Komuniti

Secara keseluruhannya, Hampir 99% penduduk kampung merupakan penduduk pribumi Sabah yang berbangsa dusun kimaragang dan 1% lagi mewakili bangsa lain iaitu Cina dan Iban.
Komuniti kampung Tingkalanon amat aktif dalam semua perkara termasuklah dalam keahlian kesukarelawan seperti menjadi Bomba sukarela, Anggota RELA, Menjadi persatuan KOSPEN serta beliawan dan beliawanis yang sentiasa aktif dalam apa jua program yang dijalankan.
Berikut merupakan senarai persatuan yang disertai dan juga ditubuhkan di kampung ini.
i. Bomba Sukarela
ii. RELA
iii. KRT
iv. kelab belia kampung
v. Persatuan belia RC, PCS dan SDA
vi. Persatuan Kebudayaan Kampung
vii. Ahli KOSPEN
 serta beberapa yang lain.
Perpaduan dan kesepakatan Komuniti Kg. Tingkalanon dijadikan satu contoh oleh beberapa Kampung sekitarnya. kerana bagi mereka komuniti Kampung Tingkalanon amat sesuai dikaitkan dengan pepatah "Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing"
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.