Berita & Aktiviti Terkini

Q2 2017- KISAH KEJAYAAN Tuan Norizati binti Tuan Zainal Abidin

13 June 2017 | Kisah Kejayaan

Beliau merupakan salah seorang usahawan di bawah pimpinan RISDA di kawasan Anak Ikan, Jerteh. Merupakan usahawan di dalam bidang jahitan dan sudah beroperasi selama kira-kira 5 tahun lepas yang mana mendapat khidmat nasihat sepenuhnya daripada pihak RISDA dan juga memperolehi pinjaman RISDA dalam menjayakan projek ini.Beliau memulakan operasi harian bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Perniagaan beliau merupakan milikan tunggal. Untuk sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan dengan beliau boleh berkunjung ke kedai beliau beralamat seperti di atas. Beliau dapat mengendalikan dengan lebih... read more

Q2 2017- KISAH KEJAYAAN Dyna Rich Trading

13 June 2017 | Kisah Kejayaan

Dyna Rich Trading adalah merupakan syarikat bumiputera yang bergiat maju sebagai Pemaju Dan Perunding Hartanah yang beralamat di Kg Tok Dor yang mana diusahakan oleh sepasang suami isteri iaitu En Din dan Puan Anna sepenuh masa. Mereka bergiat aktif dalam bidang hartanah ini meliputi kawasan daerah Besut, Setiu dan juga kawasan luar di mana mereka menerima sebarang tawaran dari pelanggannya. Perkhidmatan yang diberi adalah yang terbaik untuk setiap pelanggannya bagi memastikan setiap pelanggan mendapat kepuasan dalam urusan jual beli yang dilakukan mereka. Beliau lebih mahir dalam memanfaatkan kemudahan yang terdapat di... read more

Q2 2017-KISAH CELIK IT Muhammad Zulkhairil Azan b. Zulkifli

13 June 2017 | Kisah Kejayaan

Q2 2017-KISAH CELIK IT PI1M KG. TOK DOR   Muhammad Zulkhairil Azan b. Zulkifli merupakan ahli PI1M Kg Tok Dor yang aktif dengan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI1M. Beliau merupakan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Dor yang mana merupakan seorang pelajar yang aktif dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Beliau merupakan pelajar yang bijak dalam menggunakan kemudahan yang disediakan di PI1M Kg Tok Dor di mana beliau selalu menghabiskan masa untuk mentelaah pelajaran secara online di PI1M serta selalu melibatkan diri di dalam setiap kelas dan aktiviti... read more

KDB & DIY BERSAMA PI1M TOK DOR

13 June 2017 | Berita Terkini

KDB & DIY BERSAMA PI1M TOK DOR Tarikh : 06 Jun 2017 Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang (3jam) Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Tok Dor   PI1M Kampung Tok Dor telah mengadakan program KDB & DIY bersama komuniti khususnya ahli muda PI1M. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan komuniti setempat dan Pi1M selain untuk tujuan promosi Pi1M disamping menambah ilmu dan mencungkil bakal peserta dalam menunjukkan kreativiti mereka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah dimulakan dengan ucapan dan penerangan tentang KDB seterusnya menayangkan video Klik Dengan Bijak (KDB) tersebut kepada peserta. Sebelum program berlangsung,... read more

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PERUMAHAN ANAK IKAN ANJURAN JKKK & PI1M TOK DOR

13 June 2017 | Berita Terkini

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PERUMAHAN ANAK IKAN ANJURAN JKKK & PI1M TOK DOR Tarikh : 09 Jun 2017 Masa : 6.30 petang – 8.30 malam Tempat : Surau Al-Mustaqim, Perumahan Kos Rendah Anak Ikan   Pada 9 Jun 2017 yang lalu, bersamaan 14 Ramadan 1438 Hijrah PI1M Tok Dor telah bekerjasama dengan JKKK Perumahan Anak Ikan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Surau Al-Mustaqim  Perumahan Kos Rendah Anak Ikan. Majlis ini di hadiri oleh penduduk sekitar perumahan dan jemputan penduduk berdekatan bagi menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut. Para penduduk dikehendaki membawa hidangan makanan bagi setiap... read more

USAHAWAN JUN 2017: PEMBUAT ROTI CANAI

10 June 2017 | Profil Usahawan Tempatan

USAHAWAN JUN 2017: PEMBUAT ROTI CANAI   NAMA     : MOHD ROSDI BIN ABDULLAH ALAMAT: KEDAI ROTI CANAI, BERSEBELAHAN PKT ANAK IKAN, 22020 NO TEL   : 011-254 14 757 Nama sebenar beliau adalah Mohd Rosdi bin Abdullah,yang berumur 50 tahun. Beliau merupakan seorang pesara askar yang mengambil inisiatif untuk menambah pendapatan untuk menampung keluarga selepas besara dengan membuka kedai roti canai di kampung Anak Ikan. Kedai beliau telah beroperasi selama setahun. Beliau mempunyai tiga orang pekerja yang terdiri daripada beliau sendiri sebagai penebar roti dan dibantu oleh dua orang pembantu iaitu terdiri daripada isteri dan adik... read more

USAHAWAN MAY 2017: MENJAHIT

23 May 2017 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA     : SALINA BINTI SAID ALAMAT : B - 12 PERUMAHAN AWAM KOS RENDAH, KG ANAK IKAN,                     22020 BESUT, TERENGGANU. NO TEL    : 013-9438306 FB             : https://www.facebook.com/ina.salina.7923            Nama sebenar beliau adalah Salina binti Said,berumur 39 tahun. Beliau merupakan seorang guru Kafa yang mengambil inisiatif untuk menambah pendapatan dengan membuat kerja part time sebagai penjahit di rumah dan juga melakukan perniagaan secara dalam talian. Beliau berpengalaman dalam bidang ini selama 15 tahun. Antara kepakaran beliau dalam bidang menjahit adalah beliau boleh menjahit baju kanak-kanak, jubah, tudung, dan baju dewasa. Penduduk di sekitar kawasan tersebut telah... read more

PROGRAM ADVOKASI & KDB DI PEKAN BUDAYA RHU 10, SETIU

23 May 2017 | Berita Terkini

Tarikh : 8 Mei 2017-13 Mei 2017 (6 hari) Tempat : Rhu 10, Setiu Baru-baru ini, satu program advokasi & Klik Dengan Bijak (KDB) di Pekan Budaya Rhu 10, Setiu dianjurkan oleh Pejabat Daerah Setiu. Program ini berlangsung selama 6 hari bermula pada 8 Mei hingga 13 Mei 2017. Program ini berlangsung dengan kerjasama Pi1M DIGI dengan Pi1M Celcom Kluster Setiu & Besut. Antara aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung ialah tayangan Klik Dengan Bijak (KDB), e-waste, permainan Dam Ular, permainan Dart-Basic ICT, Word Search, permainan congkak dan seterusnya cabutan bertuah. Untuk slot e-waste... read more

JIGSAW PUZZLE & KDB

17 May 2017 | Berita Terkini

Tarikh : 05 Mei 2017 Masa : 2.30 petang – 5.30 petang (3jam) Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Tok Dor   PI1M Kampung Tok Dor telah mengadakan program Jigsaw Puzzle & KDB bersama komuniti khususnya ahli muda PI1M. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan komuniti setempat dan Pi1M selain untuk tujuan promosi Pi1M disamping menambah ilmu dan pengetahuan mereka dengan berfikir untuk menyelesaikan Jigsaw Puzzle. Antara aktiviti yang dijalankan ialah dimulakan dengan ucapan dan penerangan tentang KDB seterusnya menayangkan video Klik Dengan Bijak (KDB) tersebut kepada peserta. Sebelum program berlangsung, mereka didedahkan dengan kebaikan... read more

CERAMAH ISRAQ MIKRAJ ANJURAN JKKK PERUMAHAN ANAK IKAN KERJASAMA BERSAMA PI1M TOK DOR

28 April 2017 | Berita Terkini

CERAMAH ISRAQ MIKRAJ ANJURAN JKKK PERUMAHAN ANAK IKAN KERJASAMA BERSAMA PI1M TOK DOR   Tarikh : 25 April 2017 (Selasa) Masa : 7.00malam-9.00malam Tempat : Surau Al-Mustaqim, Perumahan Kos Rendah, Kg. Anak Ikan   Pada selasa lalu, JKKK Perumahan Anak Ikan Kerjasama bersama Pusat internet 1 Malaysia Tok Dor telah mengadakan ceramah bersempena sambutan israq mikraj dengan penduduk di perumahan Anak Ikan. Penceramah yang dijemput untuk menjayakan program ini ialah Ustaz A.Mazlan bin Ibrahim iaitu prof. IPG Sultan Mizan Besut. Seramai 50 orang penduduk perumahan Anak Ikan menghadiri program tersebut termasuk kanak-kanak. Program ini bermula pada... read more

lagi berita & aktiviti