Berita Terkini

PROGRAM SOLAT HAJAT & KULIAH DHUHA SAHABAT AIM BLOK TOK DOR BERSAMA KOMUNITI KG. TOK DOR 2017

14 December 2017 | Berita Terkini

Tarikh : 14 Dec 2017 Masa : 8.00 pagi- 10.00 pagi Tempat : Masjid Kg. Tok Dor   14 Dec 2017,Khamis, Satu program telah diadakan iaitu Program Solat Hajat & Kuliah Dhuha sahabat AIM Blok Tok Dor anjuran bersama JK Masjid Kg. Tok Dor, J3K Kg. Tok Dor dan KRT Kg. Tok Dor. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi yang didahului dengan pendaftaran kehadiran dan solat hajat secara berjemaah. Selepas selesai solat hajat, kuliah dhuha berlangsung. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Azam Bin Awang Ali iaitu penghulu mukim Kerandang. Program tersebut berakhir... read more

CELIK IT Q4 2017- Che Aimurni Binti Suhaimi

13 December 2017 | Kisah Kejayaan

CELIK IT Q4 2017- Che Aimurni Binti Suhaimi Che Aimurni Binti Suhaimi atau dikenali sebagai murni merupakan ahli PI1M Kg Tok Dor yang aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M. Beliau merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Dor. Beliau asalnya mempunyai kemahiran asas ICT pada tahap rendah dan telah dapat menambahbaik kemahiran ICT dalam diri beliau. Dengan kemudahan prasarana terkini seperti komputer dan internet berkelajuan tinggi yang disediakan di Pi1M, Aiman juga telah mengikuti pelbagai kelas ICT yang ditawarkan oleh pihak pengurusan Pi1M seperti kelas Microsoft Office... read more

USAHAWAN DISEMBER 2017: USAHAWAN KUIH-MUIH

13 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA : CHE ROHANI BINTI CHE NIK ALAMAT : BLOK B, NO 4, PAKR ANAK IKAN NO TEL : 019-9214680 FB : https://www.facebook.com/rohani.mustapha.9?ref=br_rs   Beliau merupakan ibu tunggal yang gigih mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan. Beliau ialah Che Rohani bt Che Nik yang juga dikenali dengan panggilan Mok Su Ani oleh penduduk setempat. Beliau telah memulakan perniagaan jualan kuih-muih ini selama 5 tahun. Beliau menjalankan perniagaan ni dari rumah beliau sendiri. Terdapat pelbagai jenis kuih-muih seperti kuih pau, donut dan lain-lain. Semua jenis kuih-muih yang telah dibuat dihantar ke kedai-kedai dan sekolah pondok yang berhampiran... read more

RIANG RIA CUTI SEKOLAH – “SAIDINA GAMES”

13 December 2017 | Berita Terkini

Tarikh : 13 Disember 2017 Masa : 10.00 a.m – 1.00 p.m. (3jam) Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Tok Dor   PI1M Kampung Tok Dor telah mengadakan program Riang Ria Cuti Sekolah- “Saidina Games” bersama komuniti khususnya ahli muda PI1M. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan komuniti setempat dan Pi1M selain untuk tujuan promosi Pi1M disamping menambah ilmu dan pengetahuan mereka dengan berfikir untuk menyelesaikan “Saidina Games”. Progam “Saidina Games” telah berlangsung. Program ini dilakukan secara individu. Seramai 10orang peserta yang terlibat dalam program ini. Sebelum para peserta bersurai, para peserta diberi hadiah sebagai... read more

USAHAWAN NOVEMBER 2017: PERNIAGAAN ATAS TALIAN (ONLINE)

28 November 2017 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA           : RAJA RAMLAH BT RAJA AB MANAF ALAMAT      : KG. ANAK IKAN NO TEL         : 011-17812605 FB                   : https://www.facebook.com/profile.php?id=100006842087799 Nama sebenar beliau adalah Raja Ramlah binti Raja Ab Manaf  yang merupakan salah seorang ahli Pi1M Kg Tok Dor dan juga penduduk sekitar Pi1M Kg Tok Dor. Beliau adalah seorang surirumah yang mengambil inisiatif untuk menambah pendapatan keluarga dengan melakukan perniagaan secara online. Beliau menjual pelbagai barangan kesihatan dan kecantikan seperti produk Jamu Susuk Dara (JSD), Suci Shining Cream (SSC) dan lain-lain lagi. Beliau berharap dengan adanya PI1M Tok Dor ini dapat membantu beliau dalam mendalami... read more

KENALI EMAS BERSAMA YAPEIM ANJURAN AIM KG TOKDOR

24 November 2017 | Berita Terkini

TARIKH : 9.NOV.2017 MASA : 9.00AM-I.00PM TEMPAT : DEWAN BALAIRAYA KG TOK DOR 09 Nov 2017,Khamis, Satu program telah diadakan iaitu Kenali Emas Bersama YAPEIM anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Daerah Setiu bersama sahabat-sahabat AIM kawasan Kg Tok Dor. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi yang didahului dengan pendaftaran kehadiran dan dimulakan dengan memperkenalkan apa itu YAPEIM dan keistimewaan yang diperolehi. Selain itu, turut diajar cara mengenalpasti ketulenan emas supaya sahabat-sahabat tidak tertipu dengan emas palsu di pasaran. YAPEIM juga mempelkenalkan perkhidmatan yang terdapat di syarikatnya untuk kemudahan orang ramai. Orang ramai dialu-alukan... read more

Do It Myself - KEYCHAIN

15 November 2017 | Berita Terkini

Tarikh : 10 November 2017 (Jumaat) Masa : 10.00 a.m. – 12.30 p.m. (2 ½ jam) Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Tok Dor   PI1M Kampung Tok Dor telah mengadakan program “Do It Myself-Keychain” bersama komuniti khususnya ahli muda PI1M. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan komuniti setempat dan Pi1M selain untuk tujuan promosi Pi1M disamping menambah ilmu dan mencungkil bakat peserta dalam menunjukkan kreativiti mereka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah dimulakan dengan ucapan penerangan ringkas dari pihak pi1m tentang program tersebut dan menayangkan slide promosi Pi1M dan seterusnya tayangan video demontrasi cara membuat... read more

KISAH KEJAYAAN Q4 2017- HASWANI BINTI HASSAN

07 November 2017 | Kisah Kejayaan

NAMA : HASWANI BINTI HASSAN ALAMAT : BLOK N NO3 PAKR KAMPUNG ANAK IKAN 22020 JERTEH TRG. NO TEL : 014-8014 453 FB : https://www.facebook.com/haswani.waniey.5     Nama sebenar beliau adalah Haswani binti Hassan dan juga dikenali sebagai Wani oleh penduduk sekitar kawasan Perumahan Ank Ikan dan Kg Tok Dor. Beliau merupakan surirumah sepenuh masa yang mengambil inisiatif untuk menambah pendapatan keluarga dengan melakukan perniagaan secara dalam talian. Produk yang beliau pasarkan adalah barangan HI-O di mana beliau menjadi dropship yang mana sesiapa yang mahukan produk keluaran HI-O bolehlah menghubungi beliau. Beliau telah berkecimpung dalam perniagaan... read more

KISAH KEJAYAAN Q4 2017- ZAKIAH BT HIM

07 November 2017 | Kisah Kejayaan

NAMA    :  ZAKIAH BT HIM ALAMAT: 16A, KG. TOK DOR LUAR, 22020 JERTEH, TERENGGANU. NO TEL  : 011-23536708 Fb           : https://www.facebook.com/zakiah.him   Nama sebenar beliau adalah Zakiah Bt Him yang merupakan salah seorang ahli Pi1M Kg Tok Dor dan juga penduduk Kg Tok Dor yang mengambil inisiatif bersama suami beliau sendiri untuk menambah pendapatan keluarga dengan membuka kedai dobi. Beliau ialah seorang guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Jabi. Antara perkhidmatan cucian yang ada di kedai beliau ialah karpet, toto,pakaian dan turut menjual serbuk pencuci dan pelembut pakaian. Dengan pengalaman beliau selama 3 tahun dalam bidang ini... read more

KISAH KEJAYAAN Q3 2017-AHMAD BIN MUSTAFA

07 November 2017 | Kisah Kejayaan

NAMA    :  AHMAD BIN MUSTAPA ALAMAT: 121, KAMPUNG TOK DOR, JABI, 22020, JERTIH, BESUT, TERENGGANU. NO TEL  : 019-417 6249 / 011-1069 1007 Fb           : https://www.facebook.com/ahmad.mustapa.33   Nama sebenar beliau adalah Ahmad bin Mustapa,yang merupakan ahli Pi1M Kg Tok Dor dan juga seorang penduduk di Kg Tok Dor yang mengambil inisiatif untuk menambah pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai pembekal daging segar. Antara daging segar yang dibekalkan adalah untuk Qurban, Akikah, Majlis keramaian, Silaj, dan Susu kambing segar. Dengan pengalaman beliau ini dalam bidang ini telah menyebabkan ramai penduduk sekitar kampung beliau mengenali beliau dan mendapatkan daging... read more