PROGRAM KACAU BUBUR ASYRUA BERSAMA PERUMAHAN ANAK IKAN

15 November 2016 | Berita Terkini

Tarikh : 04 November 2016

Masa : 8.00pagi-3.30 petang

Tempat : Surau Perumahan Anak Ikan

Pada Jumaat lalu, PI1M Kg tokdor telah bekerjasama dengan J3K Perumahan Anak Ikan untuk Mengadakan program kacau bubur Asyura sempena Sambutan Maal Hijrah dengan komuniti di sekitar Perumahan Anak Ikan yang dianjurkan setiap tahun. Semua komuniti sekitar bersama J3K Perumahan Anak Ikan bergotong royong bersama-sama mengacau bubur asyura yang bertempat di Surau Perumahan Anak Ikan. Ramai yang turut hadir tidak mengenal usia sepanjang program ini dijalankan.  Pada pagi program tersebut, dimulakan dengan pendaftaran peserta serta sedikit taklimat mengenai Klik Dengan Bijak dari PI1M Tok Dor untuk komuniti disitu. Program ini berakhir pada pukul 3.30 petang dan diakhiri dengan sesi pembahagian bubur Asyura kepada komuniti yang hadir pada hari tersebut.