ART VENTURE KID'S PROGRAM

21 November 2016 | Berita Terkini

Tarikh : 18 November 2016

Masa : 9.00pagi-1 petang

Tempat : Dataran Perumahan Anak Ikan

Pada jumaat lalu, PI1M Kg tokdor telah bekerjasama dengan J3K Perumahan Anak Ikan untuk Mengadakan aktiviti mewarna iaitu Art Venture Kid’s Program kepada komuniti di sekitar Perumahan Anak Ikan sempena Hari Sekolah. Aktiviti mewarna yang dianjurkan oleh PI1M terbuka kepada semua kanak-kanak sekitar tanpa mengira umur. Pada pagi program tersebut, dimulakan dengan pendaftaran peserta serta sedikit taklimat mengenai Klik Dengan Bijak dari PI1M Tok Dor untuk komuniti disitu. Program ini berakhir pada pukul 1.00 petang dan diakhiri dengan sesi pembahagian hadiah kepada para pemenang untuk setiap pertandingan Art Venture yang dianjurkan. Diharapkan program ini dapat mengeratkan hubungan komuniti setempat dan Pi1M selain dapat mempromosikan kemudahan dan manafaat Pi1M untuk memaksimumkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Pi1M.