USAHAWAN 11 : USAHAWAN PEMBUATAN ROTI & KEK

29 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Encik Hamidi atau lebih dikenali sebagai En Midi merupakan penduduk di Kg Renek. Beliau telah membuka perniagaan iaitu bakery yang berasaskan homemade.Perniagaan bakery di rumah ini dapat meraih keuntungan yang banyak sehingga beliau dapat membuka studio bakery sendiri di cawangan Dungun,Kemaman kerana beliau sering menerima tempahan dari penduduk kampung untuk sebarang majlis. Beliau juga sering berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia untuk menggunakan khidmat di situ seperti membuat poster, dan mengiklankan perniagaanya di laman sosial facebook. Pada musim perayaan atau cuti sekolah atau hari-hari baisa perniagaan En Hamidi ini mendapat sambutan yang sangat tinggi di kalangan penduduk berdekatan kampung beliau. Kini,beliau sering mendapat tempahan untuk membuat kek untuk perkahwinan dan pertunangan melalui promosi di facebook beliau.

Beliau telah memanafaatkan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia kg tokdor sejajar dengan usahanya. Beliau telah menghadiri kelas keusahawan yang dianjurkan Pi1M dan menggunakan kemudahan PC dan Internet untuk melakukan promosi produk beliau dilaman sosial seperti FB dan Instagram, membuat flyers dan banner, senarai harga dan juga untuk tujuaan pengurusan dokumen-dokumen perniagaannya. Selain itu, beliau juga menggunakan perkhidmatan WiFi-Komuniti bagi tujuaan mempromosikan produk bakery beliau.

Beliau berharap agar lebih ramai anak muda menceburi bidangan keusahawanan kerana beliau percaya dengan usaha keras dan semangat yang tinggi, tidak mustahil untuk anak muda berjaya dalam bidang ini. Beliau juga berharap agar, para usahawan memanafaatkan kemudahan dan perkhidamatan yang disediakan oleh Pi1M kerana ia bukan sahaja memudahkan urusan pernigaan tetapi juga dapat mamaksimumkan impak perniagaan dengan mengikut acuan pernigaan yang kompetitif selaras dengan dunia teknologi kini.