Ekonomi dan Keusahawanan

USAHAWAN BERJAYA

En Hamidi (USAHAWAN PEMBUATAN ROTI & KEK)


Encik Hamidi atau lebih dikenali sebagai En Midi merupakan penduduk di Kg Renek. Beliau telah membuka perniagaan iaitu bakery yang berasaskan homemade.Perniagaan bakery di rumah ini dapat meraih keuntungan yang banyak sehingga beliau dapat membuka studio bakery sendiri di cawangan Dungun,Kemaman kerana beliau sering menerima tempahan dari penduduk kampung untuk sebarang majlis. Beliau juga sering berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia untuk menggunakan khidmat di situ seperti membuat poster, dan mengiklankan perniagaanya di laman sosial facebook. Pada musim perayaan atau cuti sekolah atau hari-hari baisa perniagaan En Hamidi ini mendapat sambutan yang sangat tinggi di kalangan penduduk berdekatan kampung beliau. Kini,beliau sering mendapat tempahan untuk membuat kek untuk perkahwinan dan pertunangan melalui promosi di facebook beliau.

Beliau telah memanafaatkan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia kg tokdor sejajar dengan usahanya. Beliau telah menghadiri kelas keusahawan yang dianjurkan Pi1M dan menggunakan kemudahan PC dan Internet untuk melakukan promosi produk beliau dilaman sosial seperti FB dan Instagram, membuat flyers dan banner, senarai harga dan juga untuk tujuaan pengurusan dokumen-dokumen perniagaannya. Selain itu, beliau juga menggunakan perkhidmatan WiFi-Komuniti bagi tujuaan mempromosikan produk bakery beliau.

Beliau berharap agar lebih ramai anak muda menceburi bidangan keusahawanan kerana beliau percaya dengan usaha keras dan semangat yang tinggi, tidak mustahil untuk anak muda berjaya dalam bidang ini. Beliau juga berharap agar, para usahawan memanafaatkan kemudahan dan perkhidamatan yang disediakan oleh Pi1M kerana ia bukan sahaja memudahkan urusan pernigaan tetapi juga dapat mamaksimumkan impak perniagaan dengan mengikut acuan pernigaan yang kompetitif selaras dengan dunia teknologi kini.


RAJA ZAIHIDAYU BINTI RAJA FAUZI ( USAHAWAN EMAS 916 ONLINE)


Nama sebenar beliau adalah Raja Zaihidayu binti Raja Fauzi yang mana jiga dikenali dengan panggilan Ayu di sekitar kawasan Tok Dor dan Perumahan Kg Anak Ikan. Beliau juga merupakan surirumah sepenuh nama yang menjaga anak-anak di rumah tetapi beliau telah menggunakan masa yang ada dengan berniaga  emas 916 secara online di FB beliau iaitu Raja Zaihidayu Raja Fauzi. Terdapat pelbagai jenis pilihan emas 916 yang beliau jual dan terdapat juga pelbagai kaedah pembelian oleh pengguna seperti bayaran secara tunai atau bayaran secara kutu bulanan. Beliau telah memcuburi bidang online ini kira-kira 2 tahun lepas dan telah memdapat sambutan yang baik daripada sahabat dan kenalan.

Beliau berharap dengan adanya PI1M Tok Dor ini dapat membantu beliau untuk mendalami lagi bidang perniagaan online ini.





















USAHAWAN 1 : PEMBUATAN PERABOT DAN UKIRAN KAYU

Salah satu nama yang sangat terkenal di sekitar besut yang lebih dikenali sebagai Mat Nor merupakan penduduk di kg Anak Ikan. Beliau merupakan seorang usahawan pembuatan ukiran kayu yang beralamat di Lot 1660, depan masjid anak ikan, 22100 besut terengganu. Selain itu, beliau telah kembangkan lagi perniagaan beliau kea rah yang lebih maju iaitu pembuatan dan menjual pelbagai jenis barangan perabot, frame, pintu, tingkap rumah seperti Kabinet dapur dan lain-lain. Menurut beliau, sepanjang berniaga dan membuat ukiran kayu ini, telah banyak menerima tempahan dari orang ramai dan dari agensi-agensi kerajaan yang digunakan di setiap bangunan atau premis. Hasil pembuatan ukiran kayu Mat nor ini, sangat memuaskan dan harga yang ditetapkan mampu dibeli oleh semua orang. Harapan beliau, semoga perniagaan beliau dapat dipasarkan di luar negeri dan luar negara dan ingin menggunakan kemudahan internet di PI1M kg tok dor sebagai platform untuk pasarkan produk beliau.



USAHAWAN 2 : KAK ANI SERI PENGANTIN ( WEDDING PLANNER)

Rosnani bt Ab Rahman, atau lebih di kenali sebagai Kak Ani merupakan penduduk di kg tok dor. Seorang yang berani dan berkeyakinan tinggi. Sudah berkahwin dan memiliki 8 orang cahaya mata. Menjadi surirumah sepenuh masa adalah impian semua ibu-ibu. Begitu juga dengan Kak Ani. Tetapi disebabkan terlalu minat dengan wedding planner, beliau telah membuka sebuah butik pengantin di kampung tok dor yang beralamat di No 2B, Kedai 2T Kg Tok Dor. Beliau terlibat dengan butik pengantin selama 14 tahun yang dulunya hanya kecil- kecilan dan sehingga sekarang beliau telah Berjaya membuka butik yang besar di sekitar kg tok dor. Hasil respon dari semua pelanggan Kak Ani begitu sangat memuaskan kerana service dan perkhidmmatan yang diberi terbaik dan ramai pelanggan sangatberpuas hati. Menurut beliau juga, Kak Ani pernah mendapat tempahan dari jauh dan bukan hanya di sekitar besut sahaja. Harapan beliau agar butik beliau terus maju dan terus mendapat sambutan tidak kira dari mana-mana tempat atau negeri lain.

 

 

3) USAHAWAN 3 : WARUNG BARAKATH


NAMA : ABDULLAH B NIK SETAPA

ALAMAT : JALAN BESAR KG TOK DOR,

                    22020 JERTEH,TERENGGANU.

NO. TEL : 014-8094459

 

Abdullah bin Nik Setapa atau dikenali dengan panggilan Abg Lah merupakan pemilik WARUNG AL BARAKATH.  Beliau juga merupakan salah seorang ahli PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA TOK DOR. Walaupun berasal dari kampong lain iaitu Kampung Pasir Akar, Jerteh, beliau telah berani untuk membuka perusahaan gerai makan di kampong ini dengan menyediakan pelbagai bentuk makanan untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Antara makanan yang di sediakan seperti nasi putih dan lauk serta nasi lemak. Selain itu, beliau juga menerima sebarang tempahan untuk kenduri kendara. Sesiapa yang berminat untuk menampah,sila berurusan dengan beliau.

Warung Barakath ini beroperasi setiap hari kecuali pada hari Jumaat bermula pada jam 7 pagi hingga 3 petang.Harapan beliau semoga dengan adanya kemudahan di Pi1m Tok Dor ini dapat mempermudahkan segala urusan perniagaannya dan memudahkan belaiu untuk melayari ilmu ICT tanpa sempadan.


4) DYNA JAYA ENTERPRISE


NAMA : ROHANA BINTI OMAR

ALAMAT : 126 KAMPONG TOK DOR,

                22020 JERTEH, TERENGGANU.

NO TEL : 013-9006093

 

Rohana binti Omar atau dikenali sebagai Kak Na merupakan pemilik DYNA JAYA ENTERPRISE. Beliau berasal dari Kuantan dan menetap di sini setelah berkahwin dengan suaminya yang mana suaminya berasal dari Kampung Tok Dor. Mereka suami isteri sama-sama berganding bahu dalam menguruskan perniagaan ini. Dyna Jaya Enterprise ini menyediakan perkhidmatan menjual kad tambah nilai, menjual telefon bimbit serta peralatan telefon bimbit dan barang runcit kepada penduduk setempat. Dyna Jaya Enterprise beropersi setiap hari kecuali pada hari Jumaat bermula 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Harapan beliau semoga dengan adanya kemudahan jalur lebar ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada penduduk Kampung Tok Dor.

 

 

ASPEK EKONOMI

1.      PERTANIAN

·         KELAPA SAWIT

·         GETAH

·         KELAPA/ BUAH-BUAHAN ( KEBUN KECIL)

       2. PERTERNAKAN

·         LEMBU DAN KAMBING

 

3. PERNIAGAAN

·         KEDAI RUNCIT

·         RESTORAN

·         HARDWARE

 

4. INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

·         PERUSAHAAN BATU DAN JONGKONG

·         PERUSAHAAN BESI

 


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.