Pelancongan & Rekreasi

Tempat-tempat Menarik

 

1.    1) Peladang Setiu Agro Resort



Peladang Agro Resort Setiu terletak 89 km dari Kuala Terengganu dan 13 km dari bandar Permaisuri, Setiu adalah produk agrotourism negeri Terengganu yang mampu memberikan uniknya yang tersendiri. Satu tempat yang sesuai bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota dan ingin menenangkan fikiran mereka di sinilah  tempatnya.

 Menepati konsep agrotourism terdapat beberapa unsur pertanian yang telah disediakan seerti landskap, kolamikan, taman herba, ladng kelapa sawit, kebun buah, Agro Theme Park, projek cendawan tiram, projek ladang kambing sebagai produk pelancongan yang menjadi daya tarikan baru di negeri ini. Dengan konsep ini, pelancong yang melawat resort akan kagum dengan keindahan pemandangan tasik yang indah termasuk beberapa disertai dengan kesegaran udara sejuk dengan hutan hujan tropika. Dengan keluasan dari 280 hektar yang terletak bersebelahan Hutan Simpan Gunung Tebu ini sangat sesuai bagi pecinta alam.


2) Lata Tembakah WATERFALL


Lata Tembakah atau juga dikenali sebagai Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di Hulu BesutBesutTerengganu. Ia adalah antara hutan lipur yang terkenal di negeri Terengganu. Hutan Lipur Lata Tembakah adalah di bawah pengawasan Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu di bawah Unit Rekreasi HLLT.

Lata Tembakah terdiri daripada air terjun setinggi 5 tingkat dan airnya sentiasa mengalir jernih dan segar dan tiada hentinya. Di pintu masuk Lata Belantan terdapat satu jambatan gantung. Daripada Jambatan gantung di pintu masuk, untuk ke air terjun di tingkat 5, ia mengambil masa lebih kurang 60 minit dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Manakala untuk ke air terjun tingkat pertama, ia terletak lebih kurang 700m yang mengambil masa kira-kira 20 minit berjalan kaki. Lata Tembakah terletak di dalam hutan lipur, oleh itu terdapat banyak khazanah alam samada pokok-pokok hutan yang bernilai tinggi mahupun koleksi pokok-pokok herba yang mempunyai khasiat tersendiri disekelilingnya. Selain itu terdapat kemudahan untuk para pengunjung.

Di antara kemudahan yang terdapat di sini adalah chalet penginapan yang di uruskan oleh Pejabat Perhutanan yang disediakan dengan harga berpatutan. Juga disediakan tapak perkhemahan bagi mereka yang gemarkan aktiviti atau ingin merasai suasana alam di sini. Di samping itu kemudahan asas lain turut terdapat di sini seperti wakaf, tandas serta kerusi rehat.Hutan Lipur Lata Tembakah boleh dicapai melalui simpang Kg Oh/ Pasir Akar dan kemudian ke kanan menuju ke Hulu Besut/ Keruak/ Kampung Bukit Payong dari dari Kuala Terengganu. Jika anda dari Kota Bharu, boleh melaluinya melalui susur ke Hulu Besut/ Kampung Keruak berhampiran jambatan Jerteh.

 

3) GUNUNG TEBU



Gunung Tebu merupakan salah satu gunung yang terdapat di Negeri Terengganu. Gunung Tebu mempunyai ketinggian 1,097 meter dari aras laut dan ianya diliputi  dengan kawasan hutan Diptercorp bukit dan atas. Dengan berlatarbelakangkan Laut China Selatan, keindahan Pulau Perhentian dapat dilihat dari Puncak Gunung Tebu jika tidak berkabus tebal. Pendakian ke Gunung Tebu ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai kepuncaknya. Keadaan cuaca yang sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan yang menarik menambahkan lagi keunikan kawasan ini. Keunikan lain yang ada di sini ialah di puncaknya terdapat sebuah kubur dan ianya menjadi tempat untuk para pesilat bertapa. Gunung Tebu ini terletak di Hutan Lipur Lata Belatan dan di sinilah titik permulaan pendakian ke Gunung Tebu. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok Jabatan Hutan sebelum memulakan pendakian bagi mengelakkan sebarang masalah dan RM 5 dikenakan sebagai yuran atau permit pendakian.


4) KOLAM AIR PANAS LA

Kawasan air hangat ini terletak di pedalaman Hulu Besut kira-kira 28 km dari Bandar Jertih Terengganu. Pusat Pelancongan ini atau lebih dikenali dengan panggilan La Hot Spring telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 sempena pelancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut. Pusat rekreasi ini sebenarnya sudah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Pengunjung berpeluang melihat air hangat yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan. Air hangat yang mengalir ini mengandungi kimia "SULFUR" atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh digunakan untuk mandi bagi menyegarkan tubuh badan. Di sini juga terdapat Wadding Pool iaitubekas air hangat (thermos) dimana ianya dikatakan dapat merebus telur sehingga masak. Selain itu, air hangat buatan juga dibina selain kolam seperti spa bagi memudahkan orang ramai untuk menikmati kehangatan air ini secara persendirian. La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi.


5) PULAU PERHENTIAN



Pulau Perhentian terletak lebih kurang 10.8 batu nautika (20 km) ke Timur Laut Kuala Besut. Pulau ini terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Besut.

Gugusan Pulau Perhentian merangkumi:
a) Pulau Perhentian Besar
b) Pulau Perhentian Kecil
c) Pulau Susu Dara dan pulau-pulau kecil yang lain.

Keluasan keseluruhannya adalah 1, 392.15 hektar. Terdapat kawasan pantai berpasir yang agak luas walaupun secara keseluruhannya diliputi oleh kawasan berbukit dan tebing di mana boleh mencapai setinggi 70 km hingga 300 km.

Kemudahan Awam Dan Infrastruktur

Hampir kesemua kemudahan awam terdapat di kawasan penempatan penduduk iaitu di Pulau Perhentian Kecil. Antara kemudahan yang disediakan ialah tadika, sekolah rendah, masjid, balairaya, pondok polis, klinik kesihatan, wakil pos, bomba rakyat, kawasan perkuburan, kedai Mara 2 tingkat dan perkedaian.

Kemudahan lain yang disediakan ialah Jeti awam di Teluk Pauh, Teluk Keke dan Jeti Utama di kawasan perkampungan. Bersesuaian dengan status perairan Pulau Perhentian sebagai Taman Laut pula, Jabatan Perikanan telah membina sebuah Pusat Taman Laut bagi menempatkan kakitangan untuk mengawal pengairan di samping menyedia kemudahan informasi.

 

KEMUDAHAN HOMESTAY

1) PELADANG SETIU AGRO RESORT

Yang menampilkan landskap tasik yang indah dan hutan hujan tropika, Peladang Setiu Agro Resort terletak di sebelah hutan dilindungi daripada Hutan Simpan Gunung Tebu . Ia menawarkan sebuah kolam renang luaran dan bilik-bilik moden dan chalet dengan penghawa dingin.

 

Sebuah tempat percutian untuk pencinta alam semula jadi, Peladang Setiu Agro Resort berjarak 13 km dari bandar kecil Bandar Permaisuri. Lapangan Terbang Kuala Terengganu adalah 90 km jauhnya.

 

Bilik-bilik mempunyai balkoni peribadi dan TV. Cerek elektrik dan pembuat teh / kopi disediakan.

 

Wi- Fi percuma disediakan di kafe resort dan lobi , yang mempunyai kaunter penyambut tetamu yang beroperasi dari jam 07: 00-23 : 00. Kemudahan rekreasi termasuk Karaoke dan kemudahan barbeku. Perkhidmatan ulang-alik boleh diatur dengan bayaran tambahan.

 Masakan tempatan disajikan di Agro Cafe dari 08 : 00-23 : 00. 

                                                             


2) EMMA GUEST HOUSE

Emma Guest House - Besut

Menampilkan WiFi percuma, Emma Guesthouse menawarkan penginapan mesra-haiwan kesayangan di Kampong Tandok Beberapa bilik mempunyai ruang tempat duduk untuk kemudahan anda. Sebuah TV dipaparkan .Terdapat kaunter penyambut tetamu 24 jam di hotel ini. Lapangan Terbang Sultan Mahmud adalah 77 km dari hotel ini.  Emma Guest House Address: PT 949, Tingkat Atas, Taman DJaya, Jalan Besar, Kampung Mak Sara Terengganu, 22000, Phone Number: +60139813803.


 

PLACES TO EAT

1) KEDAI MAKAN KAK NAH NASI AYAM

  •    378,CABANG3,KUALA KUBANG., 22020 Jerteh
  •    No Telefon : 01117849303
  • www.facebook.com/Kedai-Makan-Kak-Nah-Nasi-Ayam-




2) MJ TOM YAM

  • NO 33 KG TOK DOR LUAR, 22020 Jerteh
  • Masakan panas ala thai dan ala barat
  • 0145119862
  • www.facebook.com/mjtomyam/

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.